Suami Kadang Tak Sedar, Perbuatan Isteri Itu Menunjukan Hati Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat dengar orang lelaki cakap susah nak faham orang perempuan, yang perempuan pula akan cakap orang lelaki ni memang tak tahu nak faham hati perempuan ke. Haaa, selalu sangat masalah macam ini akan timbul.

Nak-nak lagi bila dah kahwin nanti, suami tak faham isteri yang isteri pula sukar nak berterus terang. Memang pening kepalalah jawabnya. Macam itik dengan ayam, dua-dua tak boleh nak faham antara satu sama lain.

Buat suami, ini yang perlu anda tahu mengenai isteri anda...


Suami jangan diamkan sahaja setiap perbuatan isteri, akan tetapi perlu peka terhadap tingkah laku isteri. Cuba selesaikan apa yang menjadi runggutan isteri, cuba tenangkan isteri. Barulah isteri sayang pada suami.

Ini kalau setiap kali isteri buka mulut membebel, suami-suami hanya tahu angkat kaki dan buat tak tahu je dekat bebelan isteri itu. Setiap yang dikatakan itu, buat tak peduli sahaja. Mana tidaknya isteri fed up dengan sikap suami. Cuba untuk ambil tahu ke, tolong sikit-sikit ke, cuba ambil hati ke. Barulah muka isteri ada senyum sedikit.



Suami ini dia punya peranan adalah selesaikan setiap masalah, jangan buat tak tahu sahaja. Itu yang membuatkan orang perempuan makin lama makin cepat marah. Sebabnya suaminya tak ambil tahu dan tak kisah apa pun, semua perkara dia yang perlu atasi.

Sebagai suami atau bakal suami, anda perlu tahu bahawa setiap tindakan seorang wanita atau isteri itu melambangkan hatinya. Kalau tiba-tiba hentak sesuatu adalah yang tak kena dengan dirinya itu. Kalau tiba-tiba mood baik je, tentu ada sesuatu juga.



Orang perempuan ini selalunya gambarkan perasaannya melalui perbuatannya. Jadi sebagai suami perlu lebih bijak untuk fahami isteri dan faham setiap bahasa tubuh isteri itu. Barulah apa yang isteri katakan mudah nak tangkap, dan boleh segera bertindak.

Mana tidaknya, orang perempuan ini kalau bab-bab beri bahasa kiasan memang pandai, nak suruh terus terang agak payah dan malu. Jadi setiap apa yang dia nak, maka dia gunakan bahasa kiasan dengan harapan pasangnya memahaminya, namun pasangan faham ke? Sebab itu uentuk lebih mudah dapat lebih baik kalau terus terang je dekat pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen