Tiba-Tiba Tak Nak Kahwin. Eh Apa Puncanya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang, dia begitu teruja menanti jodoh datang ke dalam hidupnya. Akan tetapi ada juga yang macam ragu-ragu dan takut untuk bertemu dengan jodohnya. Bukan takut untuk jatuh cinta, akan tetapi dia ada sebab yang tersendiri mengapa dia takut untuk berkahwin.

Perkahwinan ini bukan hanya menyatukan dua hati yang berkasih sayang, malah ia juga menyatukan dua orang yang berbeza. Mungkin anda adalah orang yang akan begitu teruja akan perkahwinan dan hidup berumahtangga, tapi mana tahu pasangan anda ini adalah orang yang tak yakin akan hidup berumahtangga.


Puas anda pujuk untuk berkahwin, akan tetapi dirinya beri pelbagai alasan. Bukan sebab dia tak sayang atau cinta akan diri anda, tetapi dia sendiri sebenarnta tidak pasti akan keputusan untuk berkahwin. Orang seperti ini bahaya sebenarnya, ada banyak yang dia simpan di dalam hati tanpa sesiapa yang mengetahuinya.

Disebalik ada anak muda yang seronok untuk membina keluarga dan giat mencari pasangan, ada mereka-mereka juga yang takut untuk berkahwin. Malah ada juga yang memikirkan untuk tidak berkahwin, mengapa?



1. Trauma.

Ada orang dia agak takut dengan perkahwinan ini mungkin kerana dia pernah melihat penceraian, masalah rumahtangga yang teruk atau dia sendiri pernah terlibat akan rumahtangga yang tidak bahagia. Oleh itu, dengan segala ketakutan yang ada, biasanya orang seperti ini lebih memilih untuk hidup secara bersendirian atau tidak mahu berkahwin kerana risau, bimbang dan takut jika dia akan dapat nasib yang sama seperti yang dilihat atau didengar itu.

Tiada ubat yang mampu melawan trauma yang ada ini, namun begitu dia perlu melihat kebahagiaan dan merasainya barulah cara pemikirannya akan berubah. Tapi biasanya mereka ini tidak berani.

2. Yakin mampu hidup sendiri.

Dia mampu memiliki apa yang dia mahukan, malah dia mampu menguruskan dirinya tanpa bantuan orang lain. Tidak cukup dengan itu, dia seronok dengan hidupnya, ini pun membuatkan seseorang itu memilih untuk tidak berkahwin dalam hidup mereka. Bagi mereka, apa yang telah mereka ada ini adalah lebih dari cukup berbanding perlukan pasangan yang belum tentu mampu beri kebahagiaan.



3. Masalah kewangan.

Kalau yang ini, dia bukan tak nak kahwin, nak kahwin tapi dia bimbang akan masalah kewangan yang dia hadapi. Sebagao contoh, kerja masih belum stabil, tak ada kerja tetap ataupun gaji yang sedikit. Dia bimbang jika dia berkahwin dia tak mampu penuhi segala kemahuan dan kesenangan buat pasangannya. Ini yang membuatkan mereka tunda perkahwinan mereka.

Jika anda berdepan akan perkara ini, percayalah bahawa rezeki selepas berkahwin itu lebih banyak dari anda sangakkan.

4. Masalah seksual.

Ada sesetengah orang memilih untuk tidak berkahwin mungkin kerana dia berdepan masalah seksual. Baginya, perkahwinan tanpa seksual ini adalah satu yang mustahil untuk bahagia. Sebagai contoh, mati pucuk, suka sesama jantina, tiada nafsu dan macam-macam lagi. Mereka merasakan bahawa perkara sebegini membuatkan mereka hilang keyakinan untuk berkahwin.

Jika anda berdepan dengan perkara ini, mungkin anda boleh dapatkan rawatan ataupun berbincang dengan calon hidup anda dengan baik. Perkahwinan ini bukan hanya mementing seksual sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen