Baru Je Putus Cinta, Esok Dah Bersama Pasangan Baru. Eh Cepat Betul... Wajar Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang bila putus cinta susah nak move on. Ambil masa yang sangat lama kadang sampai bertahun. Ada pula yang hari ini putus, esok lusa dah ada pasangan yang baru. Siap tayang dekat media sosial lagi akan kekasih barunya itu, walaupun bekas kekasihnya masih lagi terluka akan hubungan yang tak menjadi itu.

Amboi, cepat betul dia ada pengganti...

Beberapa pendapat menyatakan bahawa, seseorang yang segera mulakan hubungan baru selepas berpisah dengan kekasih lama sebenarnya dia sudah lama menyimpan kekasih barunya itu. Kira macam ketika dia bersama dengan si A, si B dan si C ini memang dah lama kenal. Macam dah ada stok untuk buat pasangan selepas putus cintalah kiranya.


Adakah mereka ini tak sedih akan hubungan yang lalu?

Bukannya tak sedih, akan tetapi mereka ini lebih takut untuk terasa sunyi. Sebab itu mereka lebih memilih untuk mencari pasangan dengan segera walaupun pada ketika itu, hati dan perasaannya ada masih belum sembuh sepenuhnya.



Malah ada juga yang menyatakan bahawa, dengan cara ini sebenarnya seseorang akan lebih cepat move on berbanding tanpa pasangan di sisi. Mana tidaknya, ada orang lain yang menghiburkan dan merawat luka mereka.

Namun begitu, Chamin Ajjan, seorang terapis berasal dari Amerika Syarikat ini menyatakan bahawa menjalinkan hubungan baru tanpa menyelesaikan perasaan yang lama itu sebenarnya menunjukkan ego sendiri.



Ini kerana apabila anda memutuskan untuk mempunyai pasangan lagi, tetapi perasaan anda belum selesai, anda membuat pasangan anda menjadi mangsa tanpa pengetahuannya. Malah tak mustahil bahawa segala kenangan bersama bekas kekasih masih lagi tersimpan di dalam hati dan fikiran anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, sebelum membuat keputusan untuk jalinakn hubungan yang baru anda perlu selesaikan masalah perasaan anda dahulu. Sebagai contohh, anda menangis sepuas hati anda, ambila masa untuk melupakannya malah menyelesaikan segala perasaan yang tak sepatutnya tersimpan di dalam hati anda. Masa itulah baru dikatak move on ke hubungan yang baru.

Bukan itu sahaja, jika anda terus mempunyai pasangan baru, dari situ orang lain dah tahu siapa yang bersalah dalam hubungan anda. Itu satu tanggapan negatif terhadap anda bukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen