Pasangan Yang Prihatin Akan Kumpul Duit Kahwin Sama-Sama, Ini 4 Cara Menabung Bersama Kekasih Hati Untuk Modal Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak naik atas pelamin sama-sama, nak buat majlis besar-besaran sama, malah nak jalani kehidupan pun nak sama-sama. Memang seronoklah kalau dapat pasangan yang nak buat semua benda sama-sama. Kalau dia nak buat semua benda sama-sama tentu sahaja dia ini seorang yang bertolak ansur dan juga seorang yang prihatin, maka dengan itu jangan nak lepaskan pula.


Mana-mana pasangan tentu sahaja mahu lakukan semua perkara sama-sama, namun ada satu sahaja belum tentu semua pasangan mahu lakukan sama-sama. Lagi-lagi bila dah dekat nak kahwin, semuanya diserahkan kepada orang lelaki sahaja.

Ya, tentu sahaja cari duit kahwin.



Tak ramai pasangan yang mahu lakukan perkara ini sama-sama kerana merasakan bahawa ini adalah tanda usaha yang lelaki itu mahu menghalalkan pasangannya. Namun, jika anda seorang pasangan yang prhatin tentu sahaja anda akan ringankan beban pasangan anda itu.

Tak menjadi masalah pun kalau anda sama-sama kumpul duit kahwin untuk majlis kalian bedua. Macam mana nak tolong pasangan cari duit kahwin.

1. Jaga perbelanjaan.

Kalau anda tak mahu bantu dirinya dengan menghulurkan wang, apa kata anda membantu dengan menyekat perbelanjaan anda. Di mana, jangan minta pasangan anda belikan macam-macam untuk anda. Cukup kalau anda hanya gunakan wang anda untuk apa yang anda mahukan.

2. Tabung berasingan.

Mungkin anda tak mahu beritahu pasangan anda bahawa anda ingin membantu dirinya. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah anda menabung sendirian dengan segala hasil baki perbelanjaan anda. Kalau tak nak guna masa kahwin nanti boleh guna untuk selepas kahwin, kan ringan sedikit beban pasangan anda.



3. Tabung bersama.

Ini yang elok sebenarnya, beritahu pasangan bahawa anda juga sedang berusaha sepertinya. Bukan untuk memudahkan dirinya, tetapi memberi pesan agar tidak terlalu berkerja keras hingga memudartakan diri sendiri. Sebab itu anda perlu lakukan tabung bersama-sama pasangan.

4. Sama-sama buat part time.

Jika pasangan anda melakukan pelbagai part time, anda juga jangan ketinggalan untuk melakukan yang sama. Apa kata kalau anda juga buat part time bersama pasangan anda. Sudah tentu kalian akan lebih ingin segerakan perkahwinan kerana terasa dihargai bukan.

Dalam ekonomi seperti ini, kita janganlah terlalu mementingkan diri. Kalau nak naik pelamin cepat bukan hanya tahu mendesak sahaja, tetapi hulurkan sedikit bantuan yang meringankan beban pasangan yang sedang berusaha halalkan diri anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen