Perkahwinan Zaman Sekarang Ini Banyak Dugaannya, Tak Boleh Nak Samakan Dengan Perkahwinan Orang Dulu-Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang dulu-dulu senang je nak bahagia, kalau tengok mereka ini dari muda sampai ke tua sentiasa sweet dan romantik sahaja. Walaupun berkahwin bukan kerana dasar cinta, berkahwin dengan tanpa kenali pasangan malah berkahwin atas persetujuan ibu bapa, tetapi orang dulu-dulu ini boleh je membina sebuah kebahagiaan.

Apa pun punca dan asbab perkahwinan mereka itu, mereka mampu membina sebuah perkahwinan yang harmoni dan bahagia. Tipulah kalau tak ada salah faham ataupun pertengkaran, ini kerana sedikit sebanyak perkara itu membuatkan mereka samakin saling menyayangi antara satu sama.


Orang dulu-dulu, susah senang bersama-sama pasangan malah terima baik buruk pasangan dengan hati yang terbuka, itu yang menyebabkan mereka ini mampu kekalkan perkahwinan mereka sehingga hari ini. Itu belum lagi mengenai niat sebenar perkahwinan mereka, mungkin itu membuatkan mereka mampu bahagia.

Berlainan pula dengan orang zaman sekarang, lebih banyak dugaan walaupun ada ruang nak bina kebahagiaan dalam rumahtangga. Lago-lagi bila masing-masing tak memberi peluang untuk bertolak ansur tetapi hanya pentingkan ego sendiri sahaja.



Apa yang menjadi dugaan buat pasangan suami isteri zaman sekarang?

Media sosial

Ini menjadi satu ujian yang hebat sebenarnya, macam-macam perkara boleh terjadi dengan penggunaan media sosial yang salah. Pasangan boleh salah faham dengan adanya perbandingan atau teguran yang menguris hati mereka. Ada juga yang menggunakan medan ini untuk berlaku curang dan menipu pasangan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang mudah cemburu dengan pasangan gara-gara hal yang kecil. Nampak tak? Sebabkan satu je macam-macam masalah boleh timbul kalau tak guna dengan betul.



Kerjaya

Zaman sekarang ini biasanya suami isteri akan berkerja dan membina kerjaya mereka masing-masing. Inginkan keselesaan hidup serta ingin seiring dengan kehidupan sekarang, masing-masing perlu ada kerjaya. Namun begitu, dengan kerjaya ini pasangan suami isteri itu akan kurang masa bersama, akan mula pentingkan diri serta sukar rendahkan ego dengan pasangan sendiri.



Gaya hidup

Sekarang ini banyak benda yang nak dilakukan. Nak habiskan masa dengan rakan-rakan, dan ada juga yang nak puaskan hati dengan hobi sendiri. Jadi masa bersama pasangan dan juga anak-anak semakin berkurangan. Baik yang lelaki ataupun wanita, kedua-duanya ingin lakukan perkara ini. Itu yang menyebabkan sukar nak cari ruang untuk bersama.

Niat perkahwinan

Ramai pasangan menganggap mudah mengenai niat perkahwinan ini. Ada yang berkahwin kerana nak halalkan hubungan saja, ada pula yang kahwin kerana tengok rakan-rakan lain dah kahwin, ada pula yang kahwin sebab rasa cinta. Sedangkan niat yang seeloknya adalah berkahwin kerana Allah. Barulah anda mampu memperjuangkan perkahwinan anda itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen