Baru-Baru Kahwin Jangan Mudah Tunjuk Sikap Ini, Takut Nanti Pasangan Anda Terkejut Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun telah bertahun-tahun bercinta, itu bukan bermakna dirinya telah begitu mengenali diri anda, begitu juga dengan diri anda. Masa bercinta dan juga setelah berkahwin ini ada bezanya sebenarnya. Ketika kalian sedang hangat bercinta, silap dan kurang pasangan biasanya pejam mata sahaja, tetapi bila dah kahwin tak boleh dah nak pejam-pejam mata lagi.

Sebab itulah, ramai yang menyatakan bahawa selepas kahwin baru tahu sikap sebenar pasangan sendiri. Kalau selama ini nampak dia melawa je, kini mungkin anda akan mula nampak wajahnya yang tak mandi lagi. Banyak benda lagi yang anda tak tahu.


Jadi selepas berkahwin, simpan dahulu sikap-sikap yang mungkin mengejutkan pasangan anda itu. Mana tidaknya, kalau anda terus tunjukkan segala sikap anda, boleh terkejut pasangan anda nanti. Bila dah lama kahwin boleh dah tunjukkan sikit-sikit.



1. Cuba menguasai hubungan.

Kalau masa bercinta anda jenis tak kisah pasangan nak pergi mana, nak buat apa ataupun nak lepak berjam-jam sekali pun semuanya tak kisah. Tapi bila dah kahwin ini mula nak kawal semuanya, sukat masanya bersama rakan dan lain-lain. Jangan buat perubahan terlalu sangat, takut pasangan tak boleh terima, cuba untuk ubah secara perlahan-lahan.

2. Perkecilkan pasangan.

Bila dah kahwin ini, buang tabiat yang suka kecilkan atau persenda pasangan anda. Sebelum kahwin mungkin boleh lakukan semua itu. Tapi selepas kahwin, mungkin dia lebih sensitif dan anda juga perlu hormat dirinya sebagai suami atau isteri anda. Jadi jangan perkecilkan pasangan dengan perkara-perkara yang memalukan dirinya.



3. Gaya hidup yang sebenar.

Jangan buat gaya hidup semasa anda bujang dahulu, kalau pasangan tahu memang terkejut dibuatnya. Mana tidaknya, dengan sikap malas mandi, tak suka kemas rumah ataupun suka tidur hingga ke petang memang akan mengejutkan anda. Mana tidaknya, sebelum kahwin tidak begitu, selepas kahwin baru tahu segalanya.



4. Mula tak mahu berkerjasama.

Masa mula-mula nak dapat, segala kerjasama mampu diberikan dengan baik. Akan tetapi selepas dah dapat mula tunjuk siapa yang berkuasa dalam rumahtangga itu. Perkara ini tidak patut sebenarnya kerana nak membina rumahtangga yang baik kenalah ada group yang sangat berkerjasama.

5. Tidak pedulikan pasangan.

Ada juga yang selepas kahwin masih lagi dengan sikap waktu bujangnya dulu. Pasangan yang ada dekat sebelah itu langsung tidak diperdulikan dan juga dikisahkan. Asalkan ada orang tidur sama itu sudah mencukupi. Mana boleh seperti ini, bila dah kahwin anda tidak boleh bersikap seperti orang bujang lagi.

Sikap-sikap seperti inilah yang membuatkan pasangan tidak mengenali isteri atau suami mereka. Mana tidaknya selepas berkahwin sikapnya terus berubah malah tak mustahil kalau tiba-tiba dia pula yang berubah hati terhadap anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen