Kurang Tidur Punca Anda Lambat Dapat Jodoh, Tapi Orang Single Memang Selalu Tidur Lambat Pun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mereka yang masih single sudah tentu tersangat sinonim dengan tidur lewat atau tidak cukup tidur. Ada sahaja perkara yang sentiasa dia sibukkan walaupun tidak mempunyai pasangan. Ada yang terlalu fokus dengan kerjaya, bermain game, rakan-rakan ataupun menonton movie kegemaran mereka.

Kadang perkara ini berlaku bukan sebab nak hilangkan rasa sunyi atau bosan, tetapi mereka tidak sedar telah menghabiskan banyak masa dengan perkara-perkara seperti itu hingga membuatkan dia tidak cukup rehat dan tidur. Yang bujang selalu rasa bukan?


Dari petikan artikel Psychology Today menerangkan bahawa tidur yang konsisten dan berkualiti tinggi (lapan jam sehari) dapat membantu anda mendapatkan jodoh yang anda inginkan, kerana rehat yang mencukupi akan memberi kesan kepada anda secara fizikal, emosi dan mental. Sebaliknya, inilah yang akan berlaku jika anda tidak tidur yang cukup setiap hari.



1. Membuat anda kelihatan seorang yang kurang bertenaga membuatkan rasa tidak ingin didekati.

Penampilan luar sering menjadi sebab utama mengapa seseorang kelihatan menarik, dan menurut sains "individu yang mendapat rehat yang cukup akan kelihatan lebih menarik untuk berkenalan." Sebaliknya, kekurangan tidur akan memberi kesan bahawa anda tidak berasa sihat atau kurang peduli terhadap diri anda.

2. Membuat anda menjadi seorang yang mudah marah serta mengeluh tanpa sebab yang jelas.

Satu kajian pada tahun 2014 mendapati bahawa kekurangan tidur sebenarnya membuatkan pasangan kekasih bertengkar lebih kerap, dan ini juga sesuai buat mereka yang single iaitu apabila anda tidak mendapat rehat yang cukup, kuasa pemikiran anda menjadi lebih perlahan dan anda merasa sukar untuk memahami dan berempati dengan situasi orang lain. Apabila anda merasa marah dan mengeluh seperti ini, anda menjadi tertutup dan malas untuk mengenali orang lain.



3. Mempengaruhi pemikiran serta cara berfikir.

Seperti komputer, otak anda juga akan disegarkan semula selepas tidur, menjadikan ia lebih berfungsi lebih baik pada masa akan datang. Sebaliknya, apabila anda kurang tidur, sistem memori anda tidak berjalan secara optimum, ini bermakna ia memudahkan anda melupakan nama, nombor anda, berjanji dan perkara penting, yang tentunya tidak baik untuk anda.

4. Kurangkan rasa humor anda.

Pengetahuan umum bahawa mereka yang humori’s biasanya terlihat lebih menarik dibanding mereka yang memiliki humor rendah Inilah. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Psychology Today, kekurangan tidur dapat merendahkan rasa humor anda. "Humor memerlukan tahap kesedaran yang tinggi, dan kurang tidur dapat mempengaruhi itu." Dan tidak, jangan fikir anda boleh mengendalikannya dengan segelas kopi. Menurut kajian itu, minum segelas kopi pahit tidak akan membantu rasa humor anda kembali.



Bagaimana nak atasi perkara seperti ini?

Mudah sahaja, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mulakan tidur yang lebih awal dari biasa. Jika anda tidur jam 2 pagi, hari ini mulakan dengan 10 malam. Jika anda tidak mampu tidur pada waktu ini, cuba lakukan perkara seperti minum susu atau membaca buku. Ini membantu anda untuk tidur, tetapi bukan bermain telefon bimbit. Jika anda masih tidak dapat tidur yang lena, segera dapatkan nasihat dari doktor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen