Rasa Insecure Dalam Hubungan Tanpa Disedari. Cuba Lihat 4 Tanda Ini, Mana Tahu Ada Pada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa seperti ditipu, atau diduakan itu adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh mereka yang insecure terhadap pasangan serta hubungan mereka. Kadang kala, ia bukannya berpunca dari hasutan orang ketiga ataupun tingkah laku pasangan. Tetapi boleh jadi juga disebabkan kisah silam yang pernah berlaku pada dirinya.

Namun begitu, tidak ramai yang sedar bahawa dirinya ini berdepan dengan masalah ini. Bagi mereka, rasa ini biasa kerana mereka takut kehilangan ataupun rasa terlalu sayang akan pasangan mereka. Sedangkan, tindakan mereka ini membuatkan masalah dalam hubungan sekaligus membuatkan pasangan rasa tidak selesa. Tak ramai yang sedar bahawa mereka ini terlalu insecure terhadap hubungan mereka.


Macam mana nak tahu yang anda ini seorang yang insecure ataupun tidak, dengan hanya 4 tanda ini.



1. Selalu rasa tak tenang.

Bila tidak mendapat respond dari pasangan secra baik, seperti tak balas pesanan, tak jawab call, keluar tak beritahu dan lain-lain lagi. Anda mula terasa seperti si dia ini berlaku curang atau menipu anda. Ia membuatkan anda rasa tak tenang dan selalu memikirkan perkara yang negatif.

2. Rasa tak disayangi dan selalu ingin disayang.

Sesiapa sahaja sudah tentu akan sayang pasangannya, akan tetapi anda pula rasa sebaliknya terhadap pasangan anda. Anda selalu rasa kurang dan dahagakan kasih sayang pasangan anda. Jadi anda selalu ingin rasa kasih sayang dan selalu ingin disayangi oleh pasangan anda walaupun dia sentiasa sayang akan anda. Bagi anda itu tidak cukup.



3. Lari dari konflik atau masalah dalam hubungan.

Apabila berdepan dengan satu konflik atau pertengkaran dalam hubungan, anda lebih memilih untuk larikan diri dari masalah tersebut berbanding untuk selesaikannya. Ini kerana, rasa takut kehilangan pasangan membuatkan anda sanggup menelan apa sahaja dari hilang pasangan anda itu.

4. Mudah cemburu.

Walaupun cemburu ini dikatakan satu yang bagus dalam hubungan, tapi itu tidak bermakna semua perkara boleh rasa cemburu atau anda mudah rasa cemburu. Anda perlu bezakan mana yang perlu dengan tidak. Jika terlalu ikutkan perasaan dan emosi tanpa berfikir secara rasional, tentu sahaja ia akan menjejaskan hubungan anda kelak.



Insecure ini kadang kala penting dalam hubungan, kerana ia akan membuatkan anda berhati-hati dan tidak begitu percaya pasangan anda. Akan tetapi, insecure yang berlebihan mungkin akan menjadi masalah buat diri anda serta hubungan anda sendiri.

Cuba tangani masalah ini dengan berhati-hati, akan tetapi jangan terlalu mendesak pula. Takut nanti, pasangan atau anda yang tidak selesa dengan perubahan itu. Cuba berbincang dengan pasangan adalah jalan terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen