Suami Isteri Akhir Zaman, Banyak Cabaran Yang Perlu Dilalui Bersama. Perlu Kuat Iman Di Dada.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat yang bujang, bakal berumahtangga serta yang sudah bergelar suami isteri, perlu sedar bahawa perkahwinan tanpa mengutamakan agama tentu tidak membawa erti dalam rumahtangga yang dibina. Perkahwinan yang mengutamakan Allah, malah berusaha mendapatkan redha Allah sudah tentulah satu perkara yang akan menjadi sebuah kekuatan dalam perkahwinan.


Tanpa agama dan iman di dada, kasih sayang boleh hilang, rumahtangga boleh runtuh malah anak-anak boleh berpecah belah. Seperti nukilan Firdaus Shakirin ini, memang banyak betulnya. Suami isteri akhir zaman ini lebih banyak dugaannya.



Kita ni suami isteri akhir zaman...

Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dengan sehebat-hebat ujian...

Kenapa diuji?

Atas asbab keimanan yang ada dalam diri kita dan pasangan...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak solat? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak puasa? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yang secukupnya? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Ramai...



Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai...

Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman. Sebab pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek. Suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan suami.

Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Banyak? Sederhana? Sedikit?

Iman yang kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri. Pengetahuan dalam ilmu agama yang akan menjadikan kita seorang suami yang soleh dan seorang isteri yang solehah.



Iman akan membezakan baik buruk setiap tindakan dan perbuatan. Iman akan menjadi benteng yang menghalang diri kita dari buat dosa.

Rumahtangga kita akan sentiasa berada di landasan yang tepat utk mencari redha Allah s.w.t selagi kita beriman kepada-Nya.

Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen