Bukan Dengan Kata-Kata Sahaja Wanita Boleh Cair, Tapi 6 Perbuatan Ini Pun Mampu Lembutkan Hati Crush Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini memang mudah cair dengan pujuk rayu orang lelaki. Baru cakap “saya suka dan sayang awak” pun dia punya kembang dah lain macam. Baru kena ayat pickupline padu sikit terus dia percaya kata-kata si lelaki. Itu belum yang berjanji-janji manis, memang tak diragukan lagi dia punya melting itu.

Akan tetapi ini belum sepenuhnya, dengan perkara sebegini wanita tidak akan cair 100% lagi. Ada beberapa perkara lagi yang membuatkan wanita ini mudah cair dengan lelaki walaupun belum lagi bergelar suami isteri.


Jadinya sebagai wanita, anda perlu sentiasa berwaspada dengan kelakuan lelaki yang sememangnya boleh menyentuh hati anda. Selain kata-kata manis serta janji manis, 5 perkara ini pun anda kena berjaga-jaga.



1. Ingat hari penting.

Ini sebenarnya yang membuatkan wanita begitu cair dengan orang lelaki. Mengingati hari penting ini bukan perkara yang mudah, selalu orang lelaki lupa akan hari lahir pasangan, ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan macam-macam lagi. Tapi kalau berjaya mengingati memang sayanglah orang perempuan dekat dirinya.

2. Penuh dengan kejutan.

Wanita ini memang sukakan kejutan. Tidak kiralah diberi sekuntum bunga ataupun sepapan coklat sahaja pun dah cukup gembirakan hati mereka. Itu belum lagi dengan kejutan yang pelbagai, memang tersenyumlah mereka ini sepanjang hari.



3. Kongsi makanan.

Makanan ini boleh mengubah mood wanita, di mana jika pasangannya sanggup berkongsi makanan dengannya tentu sahaja menyeronokkan dirinya. Nak-nak lagi kalau pasangn berikan separuh makanan kepadanya, tentu sahaja dia tahu pasangan sayang pada dirinya sebab tak sanggup nak tengok kekasih hatinya berlapar.



4. Mengalah dengan pasangan.

Perkara ini pun mampu cairkan hati wanita, dia mana mengalah dengan seorang wanita ini bukan satu yang mudah. Ada yang menganggap bahawa itu adalah caring dan juga gentlemen. Haaa... orang perempuan memang selalu menang jadi orang lelaki kenalah selalu mengalah.



5. Bawa shopping.

Paling disukai oleh wanita bila pasangan kata nak bawa pergi shopping. Sesiapa sahaja akan suka perkara ini, nak-nak lagi bukan bawa sahaja siap pergi belanja sekali tentu sahaja satu yang sangat seronok.

Selain dari kata-kata, ini adalah antara perbuatan yang mencairkan hati wanita yang lelaki kena tahu. Barulah dapat pikat hati crush.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen