Bila Tarikh Nikah Semakin Dekat, Bakal-Bakal Pengantin Jangan Lupa Untuk Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selesai diijabkabulkan, anda dan pasangan akan memulakan satu hidup baru yang digelar sebagai suami isteri. Pada masa inilah, ia menjadi satu detik indah buat anda dan juga pasangan anda. Satu perjalanan hidup yang panjang sedang menanti anda.

Walaupun majlis pernikahan ini adalah saat kegembiraan buat anda dan pasangan, tetapi adalah perlu dingatkan bahawa ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan disaat majlis ini. Ada beberapa adab yang perlu anda lakukan disaat majlis ini. Buat bakal pengantin baru, ini adab yang perlu anda ketahui saat tiba detik ini.


1. Menunaikan solat Istikharah terlebih dahulu

Solat istikharah dilakukan apabila seseorang hendak melakukan sesuatu yang meragu-ragukan ataupun ingin melakukan keputusan yang besar dalam hidup mereka. Maka lakukanlah solat sunat istikharah 2 rakaat selepas solat wajib dan memba doa istikharah, sebelum ingin melangkah masuk ke gerbang perkahwinan supaya dipermudahkan urusan anda.



2. Menikahi pasangan anda dari walinya

Menurut Madzhab Syafi’ie, Hanbali, Maliki, akad nikah tersebut tidak sah jika tiada walinya. Madzhab Hanafi membolehkan lagi, misal kata pasangan tersebut sedang belajar di luar negara dan tak ada walinya. Kata para ulama, walinya boleh digantikan oleh seorang imam.

3. Tidak meminta mahar yang mahal

Banyak kisah viral sekarang ini yang membabitkan tentang wang hantaran yang berlebihan dan membebankan bakal suami. Walhal, menurut hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda “Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” Jadi, mahar yang paling baik dan penuh barakah ialah mahar yang dapat memudahkan pasangan anda.



4. Mendirikan solat 2 rakaat

Setelah selesai akad nikah, disunatkan untuk pasangan suami isteri menunaikan solat sunat 2 rakaat sebagai pembawa berkat dan pembuka rezeki kepada pengantin baru.

5. Menganjurkan majlis Walimatul’ Urus

Menganjurkan majlis Walimatul’urus untuk mengumumkan perkahwinan tersebut. Hukum menghadirkan diri ke majlis walimatul’urus jika diundang adalah wajib sebagai seorang Muslim. Namun, ia tidak menjadi wajib jika kehadiran anda akan membawa kemungkaran di dalam majlis tersebut.

Semoga masjid yang dibina itu menjadi satu permulaan baru buat kalian berdua untuk semakin mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mencari redhaNya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen