Awal Perkahwinan Memang Bahagia, Tapi Dugaan Juga Telah Bersedia. Buat Bakal Pengantin Kena Ready 5 Perkara ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini sememangnya memberi satu sinar baru dalam hidup kita. Bukan sekadar sinar, malah ia juga satu perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Jika dahulu tidur seorang, kini sudah berteman. Kalau dulu boleh buat sesuka hati kini kena jaga hati pasangan.

Perkahwinan ini bukan hanya duduk atas pelamin dan pakai baju lawa-lawa sambil senyum-senyum sahaja. Akan tetapi perkahwinan ini adalah satu permulaan yang baru dalam hidup anda dimana ia akan mengubah segalanya.



Orang kata masa awal-awal perkahwinan ini semuanya indah-indah, akan tetapi betul ke semuanya indah? Diawal usia perkahwinan juga, anda tidak akan lari dari masalah dan cabaran. Walaupun nampak macam mudah nak hadapi, tapi kalau tidak bersedia mungkin boleh ke lain juga jadinya.

Berikut adalah beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh pasangan pengantin baru.



1. Tidak sefahaman.

Kalau dulu masa bercinta, mungkin anda akan merasakan dia adalah orang yang sangat memahami anda. Dia jugalah yang paling faham akan diri anda. Namun, bila dah kahwin, dia akan menjadi orang yang baru buat diri anda. Jadi salah faham sedikit itu akan ada dan tak boleh lari terutama mengenai tugas di rumah, tempat tidur dan lain-lain lagi.

Tentu masing-masing akan pertahankan pendirian masing-masing kerana merasakan ia lebih baik dari pasangan. Akan tetapi, pastikan anda tetap tenang dan mengalah sedikit dengan pasangan anda itu. Jangan nak besarkan perkara yang kecil.

2. Kewangan.

Bukan orang yang telah lama berkahwin sahaja akan berdepan dengan masalah ini, mereka yang masih baru dalam alam perkahwinan juga akan ada masalah yang sama. Kalau masa bercinta, tentu tidak akan terasa mengenai masalah ini kerana, duit anda hanya duit anda, tapi bila dah kahwin kena pula berkongsi wang ringgit.

Kadang sikap pasangan yang terlalu boros, dan tidak tahu kawal kewangan dengan baik akan mendatangkan masalah ini. Tapi, boleh jadi majlis perkahwinan yang besar dan gah juga akan menjadi punca masalah ini. Maka dengan itu, masing-masing kena lebih bijak untuk uruskan kewangan dari sebelum atau selepas kahwin.



3. Lupa status diri.

Biasalah, masa baru-baru kahwin belum ingat sangat yang diri anda itu mempunyai suami atau isteri yang menunggu di rumah. Sebab itulah, ada yang pulang kerja lewat dari biasa ataupun keluar dengan rakan-rakan tanpa memberitahu pasangan. Ada juga yang tak minta izin dengan pasangan Lagi.

Bila dah kahwin ini, kenalah selalu ingat bahawa anda ini berstatus suami atau isteri orang. Jangan lupa juga untuk call pasangan anda walaupun sesibuk mana. Barulah sentiasa ingat.



4. Pergaulan dalam keluarga.

Ini adalah perkara yang paling mendebarkan sebenarnya. Apabila masuk ke keluarga yang baru tentu sahaja akan ada rasa macam tak kena, tak tahu nak buat apa dan boleh jadi seorang yang kaku. Mana tidaknya, masa inilah anda perlu bijak untuk ambil hati keluarga dan bermesra dengan mereka.

Tapi apa-apa pun, jangan terlalu berpura-pura atau terpaksa dengan semua perbuatan anda. Buat semampu anda dan masa akan menentukan segalanya. Jadi jangan terburu-buru hingga menjadi seorang yang fake pula.

5. Zuriat.

Mulut orang sememangnya tidak boleh nak kawal ataupun nak tutup. Masa awal perkahwinan ini pun mereka sudah sibuk bila anda akan mempunyai zuriat. Kadang kala perkara yang kecil ini akan membuatkan kalian berdua salah faham dan bermasam muka. Ketahuilah bahawa zuriat itu adalah rezeki dari Allah, bila sampai masanya tentu dia akan berikan kepada anda. Jadi abaikan sahaja kata-kata orang.

Cabaran diawal perkahwinan ini sebenarnya akan lebih mematangkan diri anda. Malah, setiap pengalaman dalam mengukuhkan hubungan anda suami isteri ini akan menjadi satu kenangan yang paling baik buat anda berdua kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen