Suami Jangan Mudah Tuduh Isteri Anda Nusyuz, Boleh Jadi Anda Sedang Menzalimi Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bertindak mengikut perasaan sendiri dan tidak berfikir panjang mengenai baik buruk sesuatu, banyak perkara hanya akan memuaskan diri sendiri sahaja dan menyalahkan orang lain. Kadang kala, sebab nak tutup salah sendiri, aib orang lain dijaja. Manusia kalau sudah dikuasai emosi dan perasaan begitulah.

Sama juga dengan perkahwinan, setiap keputusan yang dilakukan tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kena juga fikirkan pasangan, keluarga dan anak-anak, kalau fikirkan diri sendiri sahaja, boleh jadi kita akan menyalahkan dan melukakan hati orang lain.



Sebagai seorang suami, kadang kala kita perlu lebih memikirkan anak-anak dan juga isteri kita. Jangan cepat ambil satu keputusan yang baik hanya pada diri sendiri tetapi tidak bagi mereka. Bukan itu sahaja, jangan juga anda sebagai suami begitu mudah menjatuhkan hukum yang tidak sepatutnya kepada isteri anda.



Nak-nak lagi jika anda menyatakan bahawa isteri seorang yang nusyuz dan lain-lain lagi. Ini kerana, tuduhan itu teramat berat hingga boleh memberi pandangan negatif terhadap si dia.

“Bila sudah tidak suka kepada isteri anda, maka pulanglah dia secara elok seperti anda mengambil dirinya dulu.”

Bila bab-bab nusyuz ini, adalah lebih baik kalau ia dirujuk kepada mahkamah dan bukannya andaian sendiri seperti perkongsian Abu Akhyar Al-Qudsi ini.







Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen