Sebelum Kahwin Orang Perempuan Kena Ada 5 Kemahiran Ini, Bukan Pikat Hati Suami Je Hati Mertua Pun Terpaut Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai perkahwinan ini bukan hanya bimbangkan akan majlis perkahwinan anda sahaja, tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu anda bimbangkan. Mungkin ramai yang bimbang akan majlis perkahwinan impinan mereka tetapi selepas kahwin tentu ada impian juga bukan.

Sebagai seorang wanita, kadang kala kecantikan, sikap lemah lembut dan juga up to date ini bukan satu penanda bahawa anda adalah calon yang sesuai dijadikan isteri. Akan tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu anda serlahkan pada bakal suami dan juga mertua anda.



Maka dengan itu, sebelum berkahwin adalah digalakkan kalau wanita mempunyai pengetahuan mengenai beberapa perkara ini, walaupun hanya mempunyai basic sahaja.



1. Berkomunikasi dengan orang lain.

Bukan perlu tahu berkomunikasi dengan mereka yang sebaya dengan anda ataupun rakan-rakan anda sahaja, tetapi anda juga perlu bijak berkomunikasi dengan orang tua. Ini kerana, selepas kahwin anda perlu bergaul dengan mereka yang lebih tua dari anda, sebab itulah pentingnya komunikasi yang baik. Kalau tak ada komunikasi yang baik, tentu anda akan diam seribu bahasa. Macam mana nak pikat hati mertua.

2. Berhati-hati dengan diri sendiri

Selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga nama baik suami anda sahaja tetapi juga nama keluarga mertua anda. Maka dengan itu, jangan begitu mudah membuat keputusan mengikut diri anda ataupun melakukan sesuatu yang mungkin tidak disukai oleh mereka. Sebagai contoh, dalam pemakaian, percakapan serta keputusan yang anda ambil.



3. Menjaga kanak-kanak

Walaupun selepas kahwin anda boleh belajar semua ini, tapi bila anda tidak ada basic dalam semua perkara ini boleh jadi anda tak tahu apa nak dilakukan bila anak anda menangis apabila tengah malam. Maka dengan itu sedikit sebanyak anda perlu tahu jaga kanak-kanak yang kecil.

4. Memasak

Ini adalah perkara yang sering kali dilihat oleh orang lelaki sebelum memilih anda sebagai isterinya. Walaupun tidak mahir nak memasak pelbagai jenis juadah, tetapi lauk yang simple dan basic tentu sahaja anda perlu tahu. Tak akan selepas kahwin nanti nak makan maggi sahaja. Ataupun, bagaimana kalau ibu mertua suruh anda ke dapur, tentu anda tak akan cakap “tak tahu memasak”.



5. Mengurus kewangan

Urus wang sebelum dan selepas kahwin ini tidak sama. Kalau sebelum kahwin anda hanya akan fokus pada diri anda sahaja. Akan tetapi, selepas kahwin anda perlu fokus akan masa depan anak-anak, anda sendiri, serta pelbagai lagi. Kalau tak berbelanja dengan bijak tentu anda juga yang perlu tanggung kemudian hari.

Nampak macam mudah sahaja semua ini, tapi bila anda tak ada basic atau kemahiran yang sepatutnya ia akan menjadi satu perkara yang sukar. Walaupun anda tidak mahir dalam melakukan semua perkara ini tetapi jika anda basic tentu anda tidak akan kekok.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen