Extra Cantik Sebelum Pada Hari Bahagia, Bakal Pengantin Kena Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Persiapan sebagai bakal pengantin baru ini memang ambil masa yang agak lama. Bukan sahaja pakaian, pelamin dan juga barang hantaran sahaja tetapi tubuh badan serta kulit juga perlu disiapkan. Selalunya orang akan abaikan akan perkara ini tapi ini juga adalah perkara yang sangat penting.

Kulit yang sihat dan badan yang bertenaga akan memberi keyakinan pada diri anda di hari persandingan nanti. Maka dengan itu jangan lupa untuk lakukan persiapan awal ini sewal 4 bulan.


Amalkan peraturan ini jika anda inginkan kulit cantik ketika bersanding!

EMPAT MINGGU SEBELUM

Inilah masanya untuk anda berjumpa pakar dermatologi bagi memeriksa jenis kulit yang anda miliki agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bersih. Sekiranya anda bergelut dengan masalah jerawat, kulit sensitif dan sebagainya, tempoh sebulan ini cukup untuk anda merawatnya.

Paling penting banyakkan minum air kosong dan amalkan pemakanan yang sihat. Anda juga boleh melakukan urutan badan sendiri di rumah. Lumurkan susu pada badan dan urut pelahan pada kulit selepas mandi selama 15 minit. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas beberapa minggu. Anda pasti tidak akan menyesal!



TIGA MINGGU SEBELUM

Tempoh ini adalah untuk anda kekalkan wajah yang berseri dengan rawatan wajah dan urutan badan setiap minggu di spa. Lakukannya sekurang-kurang sekali seminggu. Jangan cuba apaapa rawatan atau kosmetik baru dalam waktu ini. Kekalkan apa yang anda sudah biasa dengan jenama apa yang anda yakin dan selesa. Jangan lupa untuk mengoleskan krim tabir suria ketika keluar rumah.

DUA MINGGU SEBELUM

Sekirannya anda mempunyai jenis rambut kering, sapu dan urut dengan minyak panas (minyak kelapa muda, minyak bijan, minyak badam atau minyak zaitun) selang tiga hari. Kemudian bungkus rambut dengan tuala yang sudah diselup dengan air panas selama lima minit. Inilah masanya untuk trim rambut saat akhir atau mewarnakan rambut.



Sekiranya anda mewarnakan rambut, selepas dua minggu ronanya akan menjadi lebih asli dan menawan. Elak memilih warna yang terlalu terang. Tambahkan rutin pengelupasan dalam penjagaan harian anda. Tidak lupa rajin kan diri untuk menggunakan pupur wajah. Lakukan ia sekali seminggu

MINGGU TERAKHIR

Kekalkan rutin penjagaan kulit dan badan yang telah anda amalkan selama sebulan. Tidak dilupakan dapatkan rawatan kuku, waxing atau bleaching dan trim bulu kening anda. Pastikan kulit sentiasa lembap dan sempurna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen