Tertarik Dengan Wanita Yang Lebih Berusia, Ini Cara Pikat Hati Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam memilih pasangan ini. Ada yang sukakan wanita yang berani, manja ataupun yang pandai berdikari. Bukan sekadar sifat sahaja menjadi satu tarikan tetapi umur ataupun gaya pemikiran juga menjadi satu pilihan buat seseorang.

Jangan terkejut kalau ada diantara lelaki yang suka akan wanita yang lebih tua dari umurnya. Bagi mereka, wanita seperti ini mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri. Tidak hanya itu sahaja, memilih wanita yang lebih tua darinya ini dikatakan lebih mudah untuk dijaga dan difahami.

Namun, bukan mudah nak tarik perhatian wanita seperti ini. Wanita yang lebih berusia dari anda ini biasanya kurang memilih anda kerana merasakan bahawa anda sekadar ingin bermain-main cinta dan bukan ingin satu hubungan yang serius seperti berkahwin.


Jadi, macam mana nak pikat wanita seperti ini? Mudah sahaja sebenarnya...

1. Bersikap matang

Wanita ini biasanya sukakan lelaki yang matang. Walaupun umur anda lebih muda darinya tapi jika anda bersikap matang tentu sahaja anda akan dapat perhatian darinya. Ini kerana, sikap matang sangat disenangi dan mudah bergaul dengan mereka. Maka dengan itu, sikap matang dan tidak terlalu kebudak-budakkan mampu pikat hati mereka dengan baik.



2. Stabil

Bukan stabil dari kewangan tetapi anda perlu mempunyai kerja tetap yang mampu membuat si dia yakin akan diri anda. Mereka juga faham bahawa usia anda masih muda sudah tentulah anda tidak mempunyai kewangan yang stabil. Akan tetapi jika anda mempunyai kerja tetap, mereka yakin bahawa anda sedang berusaha ke arah itu.

3. Bijak bergaul

Satu perkara yang wanita seperti ini suka adalah gaya anda bergaul dengan mereka yang lebih tua sudah tentulah dapat tarikan di matanya. Bijak ambil hati orang tua serta tahu hormat ibu bapanya dengan baik tentu membuka laluan mudah buat anda. Bukan itu sahaja, anda juga perlu bijak berbual dengan orang yang lebih tua dari anda.



4. Fahami mereka.

Mana-mana wanita tentu mahu difahami begitu juga dengan mereka, maka dengan itu jangan hanya diri anda sahaja mahu difahami dan diperhatikan tetapi mereka juga mahu difahami. Faham akan emosi, perkerjaan dan sikapnya akan membuat dia bersedia untuk menerima kehadiran anda.

5. Banyak bersabar

Wanita yang lebih berusia dari anda ini selalu adalah mereka yang berdikari dan berdiri di atas kaki mereka sendiri. Mungkin sekali sekala mereka ini akan kelihatan keras kepala dan juga mencabar kesabaran anda. Namun begitu, anda kena bijak untuk bersabar dan jangan sesekali merasakan itu kelemahan mereka. Kalau nak tegur pun tegur secara berhemah.

Bila anda ingin bersama mereka, maka anda juga perlu menjadi seperti mereka. Namun pada masa yang sama jangan buang sikap manja dan kebudak-budakkan anda itu, mereka juga akan fahami bahawa anda ini lebih muda darinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen