Bila Kahwin Dengan Anak Lelaki Tunggal Dalam Keluarga, Ini Cara Ambil Hati Adik Beradik Perempuan Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang dia berjodoh dengan anak tunggal, ada juga yang berjodoh dengan anak perempuan tunggal manakala yang lain semua lelaki dan begitu juga sebaliknya. Bila dapat anak yang lelaki tunggal atau perempuan tunggal ini dia punya kerenah mungkin lain sikit. Bukan kerenah pasangan tetapi kerenah adik beradiknya.

Kalau dapat pasangan perempuan tunggal dalam keluarga mungkin satu perkara yang mudah bagi orang lelaki. Ini kerana, orang lelaki ini mudah nak masuk air atau jadi geng yang baik. Tapi berlainan pula kalau semua adik beradik pasangan anda adalah perempuan, ini mungkin akan pening kepala nanti.


Biasalah orang perempuan ini emosi dia lebih, rasa cemburu pun lebih juga itu belum lagi jenis yang main cakap lepas sahaja, tentu kadang kala akan terasa sedikit walaupun mereka sekadar bergurau. Sebagai orang baru dalam keluarga tersebut, anda kena bijak mainkan peranan dan ambil hati mereka.

Macam mana nak jadi satu kepala macam mereka, ini caranya.



1. Jangan mula mengumpat sesiapa

Jangan mulakan kelakuan ini, apabila anda mula mengumpat seseorang dikalangan keluarga mereka maka anda akan jadi bahan umpatan mereka juga. Tak cukup dengan itu, mereka juga akan sebarkan segala perkara yang tak elok atau buat cerita mengenai anda. Jadi jangan buat perkara ini. Kalau mereka ajak, buat tak tahu sahaja.

2. Ringan tulang

Adik beradik ipar ini memang akan sakit mata kalau lihat anda tidak mahu kemas rumah atau bantu ibu mereka di dapur. Nak-nak lagi jika anda jenis terperap dalam bilik sahaja, mahu dia mula kata belakang nanti. Jadi bila bailk rumah mertua anda, ringankan sedikit tangan dan kaki itu, walaupun anda malas tapi jangan dilakukan dirumah ibu mereka. Hulurkan bantuan sikit-sikit pun okay, tentu anda akan disenangi nanti.



3. Layan pasangan anda dengan baik.

Bila depan mereka, jangan lupa untuk beri layanan yang baik pada pasangan anda. Ini kerana, mereka adalah mata-mata kepada ibu mertua anda. Pastikan anda tidak ambil kesempatan kepada pasangan anda dan sentiasa taat pada dirinya. Tapi kalau di rumah sendiri anda tidak ada siapa yang kisah.

4. Jangan cepat ambil hati.

Kena faham kadang kala mulut orang perempuan ini memang suka main cakap lepas sahaja. Tak fikir pun perasaan anda, malah memang sengaja cari silap anda. Anda pun jangan cepat sangat nak merajuk dan ambil hati, lagi suka mereka kenakan anda. Hati kena kental sikit bab ini.



5. Layankan sahaja

Yang tunjuk sikap anda yang tak senang akan mereka, tetapi lebih cuba untuk bersikap terbuka dengan layankan sahaja sikap mereka. Bila anda tak suka mereka, mereka juga tidak akan suka dengan anda. Maka dengan itu, cuba untuk terima sikap mereka satu persatu, itu yang membuatkan kalian akan rapat antara satu sama lain.

Bila anda memilih anak lelaki tunggal dalam keluarga maka anda juga kena terima segala sikap kakak dan adiknya. Walaupun tidak mudah tetapi cuba sekepala dengan mereka tentu membuatkan anda dan mereka akan semakin rapat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen