Perlu Ada Simpanan Sebelum & Selepas Kahwin, Kalau Tidak...

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang hanya fikirkan pentingnya majlis perkahwinan dan majlis persandingan, akan tetapi ramai yang tidak fikir akan pentingnya kehidupan selepas bergelar suami isteri. Segala persiapan untuk melangsungkan hari bahagia ini tentu sahaja akan ambil masa yang lama, tetapi sedikit pun tidak lakukan persiapan untuk kehidupan selepas berkahwin.

Penuhkan ilmu agama, ubah diri ke arah yang lebih baik, itu juga merupakan salah satu cara kita bersedia untuk berdepan dengan kehidupan dalam rumahtangga.


Sesetengah dari kita sanggup habiskan wang yang banyak demi majlis bersanding, tanpa memikirkan bagaimana kehidupan selepas kahwin kelak. Jangan terlalu mudah habiskan wang anda terhadap majlis anda, ini kerana anda perlukan lebih banyak wang untuk kehidupan selepas kahwin. Kalau tidak...



1. Tiada wang untuk mulakan hidup berdua.

Mana nak sewa rumah, mana nak makan dan mana untuk kecemasan. Haaa... ini yang membimbangkan sebenarnya. Tak akan selepas kahwin nak tinggal bersama ibu bapa anda? Tak akan nak harapkan ibu bapa anda bayarkan makan dan minum anda? Bahkan tak akan nak pinjam wang dari rakan-rakan anda bila berlaku kecemasan.

2. Boleh jadi punca pergaduhan.

Akibat sikap yang mahu habiskan segala simpanan hanya untuk majlis akhirnya anda akan hidup dalam hutang, ataupun serba terbatas. Perkara ini akan membuatkan anda sedikit tertekan dan juga boleh tercetusnya pergaduhan sebagai suami isteri. Mana tidaknya, dulu masa bujang selalu ada duit dan boleh beli apa yang anda mahu, bila dah kahwin mee segera pun kena kongsi berdua.



3. Sibuk membayar hutang.

Bila anda lakukan pinjaman untuk majlis anda, tak terkejut kalau anda sudah miliki anak 5 pun hutang masih berjalan dan belum habis dibayar lagi. Mana tidaknya, hutang yang dilakukan itu bukan RM2K atau RM5K tetapi kebanyakan adalah RM10K ke atas.

4. Tiada simpanan untuk anak-anak

Perkara yang paling anda tak duga adalah mendapat anak di usia perkahwinan yang masih muda. Ini yang membuatkan anda tidak sempat melakukan persiapan untuk anak anda sendiri. Sebagai contoh, simpanan untuk pendidikan, perubatan, kos bersalin dan juga keselesaan hidup mereka. Haaa... ini penting sebab mereka itu anak-anak kita tentu kena beri yang terbaik untuk masa depan mereka.

Jadi, sediakan payung sebelum hujan adalah perkara yang sangat penting selepas berkahwin. Jangan habiskan segala wang anda untuk majlis persandingan yang hanya orang ingati selama sehari sahaja, selepas itu anda juga yang menanggung suami isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen