Waktu Bertunang Baru Nampak Perangai Sebenar Pasangan, Teruskan Atau Putuskan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila waktu bercinta semuanya okay, tak ada masalah pun. Tak ada pun nak buat perangai atau berlaku curang antara satu sama lain. Maka dengan itu, sama-sama buat keputusan untuk pergi ke langkah yang seterusnya, yang mana ke arah yang lebih serius.

“Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.”

Apabila sudah ikat tali pertunangan, maka barulah terbongkar segala sikap sebenar pasangan yang dulunya tak nampak. Bertahun-tahun berkenalan dan bercinta, langsung tak nampak sikap sebenar dirinya. Dia pun tak pernah lakukan perbuatan yang melakukan hati anda tetapi bila bertunang lain pula jadinya.

Boleh jadi bila dah bertunang, baru tahu yang dia bermain kayu tiga dengan anda, suka bermain perempuan di belakang anda tanpa disedari malah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya sebagai orang Islam. Hanya anda sahaja yang tahu sikap sebenar dirinya, keluarga anda dan juga keluarganya tidak tahu akan semua perkara itu.


Jadi apa keputusan anda? Boleh ke dia menjadi pasangan yang baik kelak?

Tentu perkara sebegini akan merungsingkan anda. Jika ambil keputusan untuk putuskan ikatan pertunangan, takut nanti keluarga malu bahkan anda sendiri tak tahu bagaimana nak terus terang kepada keluarga anda sendiri.



Tapi bila memilih untuk teruskan hubungan ini, anda pula bimbang akan kemudian hari. Macam mana kalau dia tak mampu bimbang anda menjadi pasangan yang baik ataupun macam mana pula kalau anda tak mampu nak bimbing dia menjadi yang orang yang baik. Perkara ini tentu merungsingkan anda bukan?

Jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan mudah buat keputusan yang terburu-buru. Cuba untuk bertenang dan fikirkan sedalam-dalamnya. Jika tak mampu luahkan kepada orang yang anda percayai, luahkan kepada Allah. Dia Maha mendengar serta Maha melihat setiap hambaNya.

• Lakukan solat istikharah berulang kali agar diberi petunjuk.
• Berbincang dengan seseorang yang paling anda percaya.
• Yakin dengan setiap keputusan yang anda lakukan.

Kadang kala kalau anda membuat keputusan untuk teruskan hubungan tersebut, maka anda kena percaya bahawa tentu ada hikmah untuk semua ini. Boleh jadi, dia juga akan berubah ke arah yang baik selepas ini.

“Mungkin perkara yang tidak baik buat anda itu adalah sebenarnya yang terbaik untuk anda.” Siapa tahu bukan?



Akan tetapi jika anda memilih untuk putuskan perhubungan ini, percayalah bahawa akan ada yang lebih baik buat diri anda. Mungkin dia datang hanya sekadar persinggahan dan memberi anda pengalaman hidup. Walaupun bukan satu kenangan yang manis tetapi tentu berguna buat hidup anda.

Pertunangan ini adalah satu tempoh perkenalan, bukannya bila dah bertunang anda perlu kahwin dengan dia juga. Jangan takut untuk putus ataupun sebaliknya. Lebih baik anda menyesal sekarang dari kemudian hari.

Tapi jika ia memudaratkan anda, maka jangan takut untuk putuskan ikatan pertunangan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen