Wanita Jangan Letak "Expectation" Terlalu Tinggi Dalam Perkahwinan Anda. Cuba Relax & Enjoy Dalam Semua Perkara.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini semuanya nak lengkap dan begitu sempurna di mata mereka. Sebab itulah, mereka ini suka meletakkan satu harapan yang tinggi dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Sudahnya bila tak berjalan lancar seperti yang diharapkan, maka diri sendiri yang makan hati dan juga kecewa.

Baik dalam hubungan, perkahwinan serta kerjayaan pun, orang perempuan memang meletakkan harapan yang sangat tinggi. Kalau boleh setiap apa yang berlaku itu akan terjadi sama seperti yang dia harapkan. Jika bertuah, mungkin harapannya akan berjalan dengan lancar tapi kalau sebaliknya mereka ini pula cuba menyalahkan diri ataupun orang lain.


Harapan yang diletakkan terlalu tinggi hingga akhirnya kecewa

Sebagai orang perempuan, jangan terlalu letakkan harapan yang tinggi pada hubungan ataupun perkahwinan anda. Tak semua hubungan akan berjalan dengan lancar, maka dengan itu cuba untuk tenang dan nikmati apa yang sedang dilalui anda.



Biasanya orang perempuan ini harapkan, bila bercinta hubungan mereka ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Hubungan yang terbina akan bertahan selama mungkin dan mereka juga akan kekal bahagia dan seronok nikmati zaman percintaan mereka.

Sama juga dengan alam perkahwinan, mereka harapkan suami yang sempurna, mampu tunaikan apa yang mereka inginkan serta bina keluarga yang bahagia serta sempurna. Kalau boleh tiada istilah perbandingan suaminya dengan yang lain tetapi lebih seronok kalau dia suami isteri menjadi contoh buat pasangan lain.

Harapan yang tinggi hanya akan melukakan hati sendiri

Dalam hidup ini, anda perlu lebih menikmati segala perkara. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi kerana semua perkara tidak akan berlaku seperti yang anda mahukan.

Mungkin anda harap bahawa perkahwinan anda akan bahagia selamanya, tetapi akan ada ujian dan cabaran untuk menggoncang kebahagian yang kalian bina. Malah, ujian dan cabaran itu sepatutnya membuatkan anda suami isteri semakin kuat bukannya terus menyerah dan mengalah.



Dalam perkahwinan ini kena selalu bersedia bahkan kena nikmati apa yang datang dan juga pergi. Jangan terlalu letakkan harapan yang tinggi nanti anda yang terasa sakitnya. Nikmati apa yang datang dan hadapi dengan tenang setiap perkara, barulah apa yang anda mahukan itu akan datang dengan sendirinya.

Bila mana anda letakkan satu harapan yang tinggi terhadap hubungan yang terbina, anda sendiri akhirnya akan penat dengan segala usaha yang anda lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen