"Kalau Jumpa Perempuan Yang Kurang Baik, Jaga & Bimbinglah Dia... Bukan Jadikan Stok Berseronok."

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada siapa yang menolak kalau seorang wanita yang baik, sopan santun, tahu ilmu agama dan juga lemah lembut orangnya dipilih untuk dijadikan isteri seorang lelaki. Bahkan, lelaki sendiri pun menyimpan angan dan juga impian untuk berkahwin dan memiliki isteri yang solehah.

Tidak salah untuk mempunyai angan dan impian seperti itu, tapi jangan pula mengambil kesempatan ke atas wanita yang mungkin dari pandangan mata anda dia itu bukan orang yang baik atau solehah. Ini kerana, banyak kejadian yang berlaku di mana, bakal isterinya adalah wanita yang baik, tetapi dibelakangnya lelaki ini berjanji dan mengambil kesempatan terhadap wanita yang sebaliknya.


Jangan gunakan wanita yang anda lihat sebaliknya itu sebagai bahan mainan, keseronokkan atau sekadar melepas nafsu anda sahaja. Selepas dapat yang anda mahukan, anda memilih wanita yang baik sebagai isteri anda.



Wanita ini perlukan bimbingan

Sebagai seorang lelaki, anda adalah pelindung bagi kaum wanita. Cuba bayangkan anak-anak, kakak, adik perempuan serta ibu anda diperlakukan perkara yang sama seperti anda lakukan kepada wanita lain? Tentu perkara ini sangat menyakitkan hati bukan?

Maka dengan itu jangan mengambil kesempatan ke atas mereka ini. Mereka-mereka seperti ini perlukan bimbingan daripada anda yang bergelar lelaki. Bimbing mereka untuk dekat kepada Allah malah didik mereka menjadi wanita yang solehah.

Anda adalah seorang pelindung dan juga pemimpin, maka dengan itu jangan menggunakan kuasa yang ada itu dengan menyakiti insan yang lemah ini. Bantu, bimbing dan didik jika mereka ini melakukan kesilapan atau tersilap langkah. Jangan ambil kesempatan dan menghanyutkan mereka ke lembah yang lagi dalam.

Bila anda memberi bimbingan yang baik, tidak mustahil bahawa wanita-wanita ini akan menjadi baik, solehah serta taat akan perintah agama. Bimbing dahulu barulah anda tahu mereka ini bagaimana. Boleh jadi mereka ini lebih taat dan lebih solehah dari wanita baik yang anda kenal.



Jangan jadikan wanita baik kambing hitam

Mungkin berkahwin dengan wanita yang baik dan solehah ini anda menganggap bahawa rumahtangga anda akan baik dan harmoni sahaja. Malah, zuriat anda juga akan terdidik dengan baik tanpa bimbang akan perkara yang tidak baik kerana ibu mereka adalah orang yang baik.

“Kalau dari benih kacang, maka tumbuh pun jadi kacang.” Jika sikap anda seperti itu tak mustahil bahawa anak anda juga akan mengikuti jejak langkah anda. Bukan ke anda telah menganiaya seorang wanita yang baik itu yang sepatutnya mendapat anak yang baik juga.

Itu belum lagi sikap anda yang tidak berubah selepas kahwin yang mana akan melukakan isteri anda itu sendiri. Isteri anda tidak tahu sikap sebenar anda, tetapi kerana yakin bahawa anda lelaki yang baik itu menbuatkan dia percaya kepada anda. Namun, layakkah dia terima semua itu?

Tidak salah untuk memperisterikan wanita yang baik dan solehah ini, tetapi anda juga perlu tahu anda pula bagaimana. Jangan berkahwin dengan mereka ini hanya semata-mata nak tutup kesalahan dan silap anda. Bahkan jangan bekahwin dengan mereka semata-mata untuk kepentingan diri anda.

"Mana-mana wanita itu perlukan lindungan dari seorang lelaki. Jangan terus menghanyutkan dirinya tetapi bawalah ia ke tebing dan selamatkan dirinya."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen