Tiada Satu Pun Wanita Yang Suka Melihat Suaminya Berkawan Baik Dengan Wanita Lain, Walaupun Hanya Sekadar "Rakan".

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki dan perempuan berkawan baik itu memang tidak salah, malah adalah digalakkan mana tahu ada jodoh buat kalian berdua. Akan tetapi, perkara itu menjadi tidak seronok apabila salah seorang daripada anda sudah mempunyai pasangan, jadinya persahabatan seperti ini tidak perlu terlalu akrab lagi.

Nak-nak lagi bila anda sudah berkahwin, mungkin isteri anda faham akan persahabatan anda yang memakan masa bertahun-tahun ataupun yang terlalu akrab itu tapi anda juga perlu ingat bahawa dia hanya sekadar rakan bukannya orang yang perlu anda jaga hati perasaannya.


Apabila sudah bergelar suami atau isteri orang, tidak perlu lagi begitu rapat dengan si dia yang berlainan jantina. Bila nak rapat kena tahu juga batasnya. Walaupun sekadar “rakan” anda perlu ingat bahawa dulu anda dan isteri juga bermula dengan “rakan”. Jangan disebabkan sikap ini isteri anda makan hati.

“Bukan melarang tapi jaga tingkah laku dihadapan isterimu.”

Bila bersentuah seperti tiada apa-apa, bila membuka aurat dengan selamba tentu sedikit sebanyak akan ada rasa tidak senang dihati isteri anda. Nak-nak lagi jika keluar berdua-duaan tanpa memberitahu pasangan dan ketepikan pasangan itu bukan rakan biasa. Isteri tidak melarang anda itu berkawan selagi anda menjaga tingkah laku anda dengan baik.

“Bukan tak faham tapi jangan terlalu rapat sangat.”

Kadang bukan isteri tidak faham yang kalian itu rapat dari kecil, sekolah mahupun universiti tapu anda perlu ingat bahawa dia sekadar rakan bukannya adik beradik yang perlu begitu rapat. Tidak perlu berahsia dengan pasangan anda bahkan tidak perlu keluar berdua dengannya. Mana-mana pergi jangan lupa bawa pasangan, barulah isteri tak rasa curiga.

“Rasa cemburu ini tidak boleh dikawal.”

Bila isteri bersuara anda pasti akan kata dia cemburu buta. Tetapi perlu diingatkan bahawa rasa cemburu itu tidak boleh dikawal, nak-nak lagi dengan orang yang kita sayangi dan cintai. Sebab itu hati mudah berasa cemburu walaupun sekadar status ‘rakan’. Jika tidak mahu cemburu itu menjadi buta maka anda kenalah bijak menjauhkan diri dari rakan anda.

“Jangan terlalu dekat, ada hati yang perlu dijaga.”

Anda sepatutnya perlu sedar, sikap anda yang begitu rapat dengan rakan anda itu akan membuat hati pasangan terluka. Perlu diingatkan akan status diri anda. Jika sudah bergelar sebagai suami orang adalah lebih baik jika anda tidak berjumpa dan berhubungan dengan rakan anda itu. Ini kerana, ada hati yang perlu anda jaga.

“Akan ada rasa yang sama bila kamu ditempat ini.”

Jangan mudah kata bahawa isteri itu cemburu buta, dan overthinking. Sedangkan kalau anda ditempat dirinya juga anda akan berdepan dengan perasaan yang sama. Jika anda tak suka diperlakukan seperti itu maka jangan lakukan itu pada pasangan anda.

Lebih baik elakkan berkawan dengan rakan yang berlainan jantina ini. Walaupun telah bertahun-tahun kenal dan sememangnya rapat sejak dari kecil tetapi apabila sudah bergelar suami atau isteri orang ini, anda perlu kawal dan jarakkan hubungan kalian. Bukannya semakin rapat dan kekalkan hubungan dalam keadaan yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen