Kahwin Dengan Anak Perempuan Bongsu, Kena Sabar Dengan Sikap 'Keras Kepala' Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Yang selalu kita tahu bahawa anak bongsu ini manja dan penuh dengan kasih sayang. Mereka ini juga selalu mendapat perhatian yang cukup dari kedua ibu bapanya hingga membuatkan dia sentiasa inginkan perhatian dari orang sekeliling. Anak bongsu ini biasanya membawa aura yang positif di dalam ahli keluarganya. Ini kerana, mereka seorang yang periang dan sentiasa memeriahkan suasana.

Mana-mana ibu bapa tentu sahaja akan lebih memberi perhatian dan kasih sayang mereka kepada anak bongsu ini, sebabnya mereka ini unik disamping sikap mereka yang sentiasa menyejukkan hati orang tua.


Pernah dengan akan kata-kata ini?

“Terdapat 2 orang yang selalu betul dalam dunia ini iaitu perempuan dan anak bongsu. Kalau dapat keduanya ini maka harus bertabahlah lelaki itu.”

Anak bongsu ini bagaimana sebenarnya?



1. Keras kepala

Walaupun luarannya nampak begitu lembut dan juga murah dengan senyuman, jaga-jaga mereka ini sebenarnya agak keras kepala. Segala keputusan dan juga arahan yang dia berikan perlu diikuti oleh pasangan ataupun orang sekeliling mereka. Walaupun begitu, wanita yang keras kepala ini adalah ciri-ciri wanita yang mampu menjadi isteri terbaik.

2. Sentiasa dahagakan perhatian

Sebagai anak bongsu, selalunya mereka ini akan dapat lebih perhatian daripada orang tua serta adik beradik mereka. Jadinya, bila dalam satu hubungan mereka sentiasa mahukan lebih perhatian daripada pasangan mereka. Itu yang kejap-kejap bergaduh dan suka cetuskan salah faham, sebabnya dia nak perhatian dari anda. Tak suka kena abaikan dan diketepikan mereka ini.



3. Berdikari

Apa yang menariknya, anak bongsu ini sebenarnya lebih suka berdikari dan juga sukakan cabaran. Ini kerana, mereka tidak mahu susahkan orang lain dan sentiasa merasakan mereka mampu lakukan sesuatu perkara itu. Lagipun, sikap ini terbentuk selepas mereka lihat ibu bapa mereka yang semakin menua, sebab itu dia tidak mahu susahkan orang lain.



4. Manja

Paling sinonim dengan anak bongsu adalah sikapnya yang manja. Kadang kala sikap manja ini boleh membuatkan seseorang sangat menyayanginya. Tarikan yang paling utama dari anak bongsu ini adalah sikap ini, sebab itu anak sulung yang tegas dan ego pon boleh cair dengan sikap manja anak bongsu ini.

5. Kemahuan yang tinggi

Tak pernah kenal erti putus asa malah setiap perkara yang dia mahukan mesti akan dia dapatkan. Tidak akan cepat mengalah walaupun halangan yang mendatang itu kadang kala sangat menguji. Sebab itulah apa yang dia mahukan tidak boleh dihalang atau dihentikan. Bila kata dia nak A maka dia akan cuba dapatkan yang A juga. Haaa... kemahuan ini yang akan membuatkan pasangan sedikit tak tahan dengan dirinya.

Namun begitu, jangan dilihat sudut negatifnya tetapi lihatlah sudut positifnya. Walaupun sikapnya begitu tapi mereka ini seorang yang setia, penyayang dan juga mudah memaafkan seseorang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen