Jangan Cuba Mendekatinya, Kalau Anda Tidak Bersedia Untuk Menghalalkan Dia... Hati Wanita Itu Bukan Untuk Dipermainkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menghalalkan satu hubungan itu memang agak sukar tapi nak mempermainkan hati seseorang itu memang mudah. Bila niat nak halalkan seseorang mulalah datang yang lebih baik, mula dapat tentangan dari ibu bapa dan nak pikul tanggungjawab lagi. Eh, semua itu sukar nak dilakukan.

Tapi, kalau setakat nak bercinta, berharapan, dan sekadar berseronok tentu tak menjadi masalah. Ini kerana, ramai wanita akan mudah beranggapan apabila seseorang lelaki mendekatinya itu tanda dia ingin serius dan berkahwin dengannya walaupun itu belum tentu lagi.


Kalau yang telah berusaha halalkan hubungan tapi tak kesampaian itu mungkin kalian memang tidak ada jodoh. Tapi, yang memang niat mendekati seseorang tapi tidak mahu berkahwin dengannya itu tandanya memang sengaja bukan?
Jadi orang lelaki jangan begitu mudah mempermainkan wanita. Mungkin hari ini anda mempermainkan anak orang lain, siapa tahu esok lusa giliran anda pula. Jangan ingat anda tidak akan berkahwin dan memiliki anak.



Jangan mudah beri harapan pada wanita.

Bila anda tidak mahu berkahwin dengan dirinya malah menganggap dirinya sebagai rakan sahaja, maka berterus terang. Jangan beri layanan yang membuat dia merasakan anda menyukainya, anda menginginkan dia. Sedangkan, anda hanya anggap dia sebagai rakan sahaja.

Orang perempuan ini mudah memberi harapan dan hatinya apabila mendapat perhatian dan layanan yang baik dari seseorang. Akan tetapi, bila dia jelas akan hubungan kalian tentu dia tidak akan berharap pada anda juga.

Wanita ini hatinya lembut.

Mungkin bagi anda bila wanita terluka mereka akan mudah sembuh, akan segera mulakan satu hubungan yang baru. Akan tetapi tidak semua orang seperti itu. Ada yang ambil masa agak lama untuk mulakan langkah baru. Walaupun anda sekadar memberi harapan sahaja tetapi ia memberi kesan yang mendalam buat diri seseorang.



Takut ia berbalik kepada anda.

Satu perkara yang agak menakutkan sebenarnya, bagaimana kalau anda banyak melukakn hati orang akhirnya orang yang anda sayangi pula melakukan perkara yang sama pada anda. Mempermainkan hati perasaan ini bukan kira lelaki atau perempuan. Maka dengan itu, bila anda tidak mahu terluka kerana dipermainkan maka jangan permainkan hati orang lain.

Cuba dekati seseorang bila anda sememangnya ingin tahu dia dan keluarganya dengan lebih mendalam. Dekati seseorang bila anda merasakan dia itu jodoh anda, malah dekati dirinya bila anda mempunyai niat untuk berkahwin dengan dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen