Jika Bijak Menjaga Hati, Tentu Anda Tidak Berpaling Dengan Yang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ujian dalam perkahwinan bukan hanya sekadar kurang sefahaman, ego antara pasangan serta masalah kewangan sahaja. Akan tetapi masalah rupa paras yang semakin berubah ataupun datangnya orang yang dianggap lebih sempurna dari pasangan juga merupakan satu punca perbalahan dalam hubungan.

“Seorang isteri akan diuji saat suaminya tidak memiliki apa-apa pun, akan tetapi seorang suami akan diuji saat dirinya mempunyai segalanya.”

Sebaik mana pun isterinya itu, akan tetapi jika dia merasakan kurangnya isterinya tentu sahaja akan membuatkan dia berpaling dari isterinya. Maka dengan itu, menjaga hati untuk seorang pasangan perlulah dilakukan dalam sebuah hubungan.


Bagaimana?

Tahu akan tanggungjawab membuatkan lelaki tidak mahu tambah lagi.

Apabila mendapat isteri yang membantu dan sanggup meringankan beban suami, maka suami akan rasa kurangnya tanggungjawab yang perlu dia pikul. Sebagai contoh, isteri bantu mencari nafkah akan membuatkan suami merasakan dia mampu untuk menambah satu lagi.

Sedangkan, tanpa bantuan isteri belum tentu suaminya rasa selesa seperti sekarang. Maka dengan itu, suami perlu tahu akan tanggungjawab yang sebenar. Bermula dari mendidik anak-anak dan isteri, memberi nafkah, menyediakan pelindungan yang selesa serta pelbagai lagi agar tiada masa nak fikir akan wanita lain.



Tundukkan pandangan anda.

Cara paling mudah untuk lindungi anda dari wanita lain adalah dengan menundukkan pandangan dari wanita lain. Tidakkah Allah memberi peringatan kepada anda akan perkara tersebut. Pastikan bahawa anda sentiasa merasakan bahawa isteri di rumah adalah bidadari yang paling cantik pernah anda lihat dan bukannya mereka-mereka yang di luar sana.



Anggap bahawa isteri anda lebih baik dari wanita yang di luar sana.

Selalu berlaku kes curang adalah kerana suami-suami merasakan bahawa wanita di luar lebih cantik dan baik berbanding isteri di rumah. Akan tetapi, demi menjaga hati anda, perlu diingatkan agar melihat kebaikan si isteri berbanding melihat mereka yang di luar. Ingat siapa yang menjaga sakit anda, menjadi tulang belakang serta melahirkan zuriat anda.

Jika anda ingat semua perkara ini tentu anda merasakan bahawa isteri anda lebih baik dari mana-mana wanita di luar malah lebih berharga.

Bersyukur dengan apa yang anda miliki.

Oleh itu, sentiasa bersyukur, malah selalu berterima kasih kepada isteri anda untuk menjaga dan mendidik anak anda, supaya anda tidak akan bosan dan membandingkan keadaannya dengan wanita lain di luar sana.

Apabila anda selalu melihat kelebihan si isteri maka anda tidak akan nampak mana kurang dirinya. Dari situlah anda sebenarnya telah mula menjaga hati anda dari mengkhianati isteri yang ada di saat susah senang anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen