Berniat Nak Menyakitkan Hati Bekas Kekasih, Ini 5 Sebab Mengapa Tak Perlu Undang Mereka Ke Majlis Perkahwinan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya bukan satu perkara yang asing lagi melihat video-video bekas kekasih pergi ke majlis perkahwinan seseorang yang pernah dia sayanginya. Ada yang siap menangis bagai saat melihat kekasih hatinya itu bersama orang lain di atas pelaminan. Namun begitu, adakah wajar untuk ada menjemput bekas kekasih anda dihari bahagia anda?

Walau apa pun alasannya sebenarnya, perkara ini adalah sangat tidak wajar untuk dilakukan. Mungkin niat anda ingin menunjuk kebahagiaan yang anda miliki dan membalas dendam kerana dia pernah kecewakan diri anda. Mungkin juga anda sememangnya ingin menjemputnya untuk turut meraikan hari yang bahagia itu.


Apa pun alasan dan sebab yang anda miliki, ia tetap bukan perkara yang sepatutnya anda lakukan. Berikut adalah sebab mengapa anda tidak perlu lakukan perkara tersebut;



1. Anda patutnya sudah move on.

Dengan sengaja menjemput pasangan anda sebenarnya menunjukkan anda belum move on sepenuhnya kerana ingin membalas semula perbuatannya dulu. Anda sepatutnya telah move on, nak-nak lagi jika perkara itu telah lama berlalu. Jadi buat apa menjemput seseorang yang datang dari masa lalu sedangkan anda sepatutnya lebih bahagia dengan masa depan anda.

2. Hati pasangan anda akan terguris.

Sangat tidak seronok sebenarnya melihat orang yang pernah ada di dalam hati pasangan kini berada di depannya. Akan ada rasa sedikit tercabar dan membuatkan dia terasa hati dengan tindakan anda. Apa yang lebih membimbingkan, ia mungkin akan memberi kesan kepada hubungan anda selepas ini.



3. Perlu lebih fokus dengan apa yang ada.

Buat apa nak kenangkan perkara yang telah lalu. Anda sepatutnya lebih fokus dengan hidup anda bakal lalui. Jangan mudah anggap kebahagiaan dalam perkahwinan itu mudah nak capai, sedang ujian dan cabaran dia lebih hebat dari yang anda jangka. Maka dengan itu, lebih baik fokus akan hubungan anda berbanding nak fikir menegani bekas kekasih anda. Masing-masingkan dah pilih jalan hidup sendiri.



4. Elakkan godaan sebelum dan selepas kahwin.

Berjumpa dengan bekas kekasih ini bukanlah satu perkara yang elok sebenarnya. Ia boleh mengimbau kembali saat-saat anda bersamanya dulu. Boleh jadi ia akan menguji hubungan anda pula, malah tak mustahil kalau dirinya akan datang mengganggu anda selepas berkahwin. Mungkin niat anda baik tetapi niat dia pula sebaliknya. Jadi lebih baik tidak payah undang dirinya.

5. Tegas akan pendirian anda.

Tidak menjemput pasangan bukanlah satu tindakan yang tidak matang, tetapi sebenarnya ia satu tindakan yang sebaiknya. Biarkan apa orang nak kata, ini kerana semuanya berkaitan dengan masa depan dan kebahagiaan anda.

Jangan biarkan perasaan dendam anda menghancuri kebahagiaan anda dikemudian hari. Anda perlu pastikan bahawa kebahagiaan lebih diutamkan berbanding perkara lalu. Biarkan masa yang menentukan perbuatan yang pernah dia lakukan terhadap anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen