Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, Rebut Atau Lepaskan Sahaja?

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami orang ini sememangnya mempunyai aura yang luar biasa berbanding lelaki bujang. Tapi tak semua wanita yang akan mendekati suami orang ini, nak-nak lagi apabila mereka tahu akan status lelaki tersebut.

Yang menjadi masalah adalah ada yang tidak tahu akan status lelaki tersebut. Bahkan, ada suami yang menyatakan mereka ini bujang semata-mata nak jalinkan hubungan dengan wanita bujang. Tidak hanya itu, ada yang berniat nak berpoligami tetapi tidak mahu berlaku jujur.


Jadi apa yang perlu anda lakukan apabila pasangan yang anda cintai itu rupanya suami orang lain?

Sudah tentu sakit, pedih dan kecewa apabila dapat tahu perkara sebenar bukan?

Nah... ini yang perlu anda lakukan demi menggelakkan diri dari menjadi perosak rumahtangga orang lain.



1. Terima kenyataan bahawa anda terpaksa lalui ujian ini.

Mungkin anda akan rasa sakit hati apabila tahu kebenarannya. Akan tetapi, anda perlu terima hati yang terbuka akan ujian ini. Mungkin ini adalah pengajaran buat anda agar lebih berhari-hati dan jangan percaya akan seseorang dengan mudah. Cuba untuk terima kenyataan dan berlapang dada.

2. Jangan salahkan diri anda.

Jangan salah diri anda kerana jatuh cinta seseorang yang telah menjadi hak orang lain. Cinta itu datang bukan dipinta. Bahkan cinta itu adalah hak anda. Yang salah adalah mereka yang tidak berlaku jujur dan melukakan hati anda.



3. Keputusan di tangan anda, teruskan atau putus asa.

Anda perlu membuat keputusan sebenarnya, sama ada nak teruskan hubungan tersebut ataupun mengundurkan diri anda. Di mana, jika anda memilih untuk teruskan, anda kena fikir akibat dan perasaan wanita lain. Tetapi jika anda memilih untuk mengundur diri anda hanya perlu fikirkan diri anda dan jumpa pasangan yang lain dari sekarang.

Keputusan yang diambil perlulah sesuai dengan penjelasan yang anda terima. Jangan membuat keputusan mengikut nafsu dan hati anda semata. Fikirkan akan orang sekeliling terutama isteri kepada pasangan anda.



4. Lihat hubungan mereka.

Perkara yang perlu anda tahu adalah keadaan hubungan pasangan anda. Adakah mereka ini baik-baik sahaja? Adakah ada salah faham yang berlaku? Ataupun, sebenarnya isteri pasangan anda tidak tahu akan sikap suaminya yang sebenar.

5. Bertindak.

Masa inilah saat anda bertindak selepas memikirkan sedalamnya dan telah tahu keadaan rumahtangga pasangan anda. Kalau anda memilih dia sebagai pasangan hidup anda maka anda kena berani berdepan dengan isteri untuk meminta izin. Jika sebaliknya, maka segera putuskan hubungan yang kalian bina itu.

Suami orang ini sememangnya mengoda dan memiliki aura yang hebat. Akan tetapi, mampu ke diri anda hidup dalam keadaan berkongsi kasih? Mampu ke si dia berlaku adil? Bagaimana dengan isterinya, mampu beri keizinan secara baik?

Renung-renungkan...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen