Kebahagiaan Orang Lain Memang Nampak Indah, Tapi Tidak Seindah Kebahagiaanmu Kalau Tahu Menghargai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila nampak orang lain bahagia, pasti hati akan terdetik untuk menikmati perkara yang sama. Kadang kala bila perkara yang diharapkan itu tidak berlaku mula merasakan bahawa kehidupan orang lain itu lebih baik. Hidup setiap orang ini memang berbeza. Ada orang dia akan memiliki semua perkara yang anda inginkan, ada pula yang mampu meletakkan harapan sahaja.

Ada orang menginginkan hubungan percintaan berjalan dengan lancar sahaja. Dari awal percintaan sampailah ke jinjang pelamin, hubungan yang terjalin tiada masalah pun nak dilalui. Kalau ada halangan pun mampu nak ditempui. Ada pula yang sebaliknya, sekejap putus, sekejap sambung dan ada yang tidak berjumpa jodoh lagi.


Tidak hanya itu sahaja, ada orang dapat pasangan yang baik sangat, sempurna. Mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, mampu juga menjaga hati pasangan sebaiknya dan pelbagai lagi. Akan tetapi, ada juga yang tidak bernasib baik dalam rumahtangga. Pasangan tidak mampu jalankan tanggungjawab dengan baik, selalu sangat bertengkar malah susah nak ada komunikasi yang baik.



Tapi itulah, setiap orang sangat berbeza perjalanan hidupanya.

Boleh jadi, kebahagiaan yang anda nampak itu sebenarnya banyak duri dan kelukaan sahaja. Tetapi yang anda lihat penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan sedangkan yang sebaliknya anda tidak tahu.

Malahan, setiap apa yang dirasai setiap orang itu kadang kala bukan untuk dicemburui, tetapi ia adalah usaha membuatkan anda untuk ke arah itu. Akan tetapi lain pula yang anda rasakan. Tentu anda merasakan kebahagiaan dan gembira yang dirasai bukannya bagaimana nak mencapai seperti mereka itu.

Apabila lihat diri sendiri, itu tak dapat, ini tak dapat, hidup sunyi malah rasa macam tiada apa-apa pun. Anda silap sebenarnya... Hidup anda ini lebih berharga dari apa yang anda jangkakan. Ini kerana, kebahagiaan tidak terbina kalau anda hanya melihat lebihnya orang lain bukannya melihat lebihnya apa yang anda miliki.



Kalau orang lain boleh bahagia, anda pun sama juga. Mungkin masanya belum tiba lagi. Tapi itu bukan bermakna anda boleh mengeluah dan terus mencemburui kebahagiaan orang lain. Banyak lagi perkara lain yang boleh anda lakukan.

Belajar bersyukur dengan apa yang anda miliki. Tidak kiralah anda masih tercari-cari kebahagiaan anda ataupun baru sahaja kehilangan kebahagiaan anda. Hidup ini perlu sentiasa disyukuri, barulah anda dapat merasa nikmat yang diberi malah kebahagiaan itu juga akan datang dengan sendirinya kelak.

Anda mungkin cemburu akan kebahagiaan orang lain, tetapi boleh jadi mereka juga cemburu akan kebahagiaan yang anda miliki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen