Jangan Hanya Cari Isteri Yang Cantik Paras Rupanya, Tapi Tidak Mampu Taat Kepadamu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang cantik dan menawan sudah tentu menjadi pilihan utama seorang lelaki berbanding wanita yang kurang paras rupanya. Kejelitaan seorang wanita ini mampu mencairkan ego seorang lelaki, mampu mengubah lelaki menjadi tidak keruan malah menjadi seorang lelaki yang berani.

Mana-mana lelaki tentu sahaja mengidamkan isteri yang memiliki paras rupa yang cantik dan menawan. Tahu berhias dan menjaga penampilan sememangnya menjadi pujaan hati lelaki. Akan tetapi anda perlu sedar bahawa wanita yang cantik ini, penjagaannya juga lebih sedikit berbanding wanita yang biasa-biasa sahaja.


Tidak salah untuk memandang rupa terlebih dahulu dan bukannya perkara yang lain. Akan tetapi, perlu diingatkan juga, kecantikan dan kejelitaan yang anda dambakan itu belum tentu menjadikan dirinya seorang isteri yant taat dan juga solehah.

Dalam rumahtangga yang bakal terbina ini, bukan perlukan wajah yang cantik sahaja tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu anda lihat dalam diri seorang wanita yang bakal menjadi peneman hidup anda dan ibu kepada anak-anak anda.

1. Agamanya.

Tidak mengapa kalau tidak mahir dalam bab-bab agama, akan tetapi sangat memadai kalau dirinya tahu serba sedikit mengenai ilmu agama. Apa yang halal dan haram di sisi agama. Berpegang teguh dengan pendirian sebagai wanita Islam, itu sebenarnya lebih penting. Ini kerana, bila sudah berkahwin dia tahu tugasnya sebagai isteri dan mempu mendapat bimbingan anda dengan baik.

2. Sikapnya

Kadang kala sikap dan rupa paras boleh menjadi dua perkara yang berbeza. Ada orang miliki rupa paras yang cukup cantik tetapi sikapnya belum tentu secantik wajahnya. Ada pula yang rupa biasa-biasa sahaja tetapi sikapnya terhadap sesama manusia begitu baik sekali. Yang mana menjadi pilihan?



Jika hanya memandang rupa paras sahaja, ia tidak cukup untuk membantu anda mendapatkan isteri yang baik, solehah, penyayang, taat akan suami dan pelbagai lagi.

Jika anda memilih kerana rupa, ia akan berubah dimakan usia,
Jika anda memilih kerana hartanya, ia akan habis dibelanjakan nanti,
Tapi bila anda memilih kerana hatinya, dia akan setia bersama anda hingga ke akhirnya.

Apabila anda mempunyai peluang untuk memilih calon isteri anda, maka pilihlah sebaiknya. Pilih yang boleh taat dan menghormati anda sebagai suami. Cari yang tahu bagaimana nak menghargai anda sebagai ketua keluarga.

Isteri yang tidak cantik itu boleh jadi cantik kalau anda tahu menghargai dirinya. Akan tetapi, isteri yang cantik boleh jadi sebaliknya kerana sikap yang dia miliki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen