Tak Salah Nak Tunda Tarikh Perkahwinan Anda, Nak-Nak Lagi Kalau 5 Sebab Ini. Mana Tahu Dengan Cara Ini Makin Kenal Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah tentu ingin perkahwinan yang berlaku hanya sekali sahaja seumur hidup. Kalau boleh itulah yang pertama dan juga yang terakhir, itu adalah fokus yang sering kali ditetapkan. Adalah lebih baik kalau segala yang dirancang itu akan berlaku seperti yang anda harapkan malah berjalan lancar.

Tapi itulah, manusia hanya merancang, Allah jugalah penentu segalanya. Ada orang yang sudah terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bahkan ada juga yang tak setuju nak tunda-tunda ini, apa jadi tetap nak teruskan. Nak elak malu katanya.

Tapi sebenarnya, tak salah pun nak tunda tarikh majlis kahwin kita. Mana tahu dengan tunda majlis tersebut ada hikmah yang tersembunyi, siapa tahu bukan. Tapi pastikan sebab-sebab nak tunda perkahwinan itu adalah satu perkara yang logik, bukannya yang hanya pentingkan diri anda sahaja.



Berikut adalah beberapa sebab yang tak salah pun kalau nak tunda tarikh perkahwinan.

1. Kesihatan ibu bapa

Keadaan pertama yang paling sesuai digunakan untuk tunda tarikh perkahwina adalah kerana keluarga anda sakit. Nak-nak lagi kalau mereka itu ibu bapa anda. Tentu sahaja anda ingin perkahwinan anda meriah serta diraikan bersama ibu bapada anda.



2. Belum ada masa yang sesuai.

Mungkin dah rancang awal-awal, malah semuanya kelihatan berjalan lancar sahaja. Eh tiba-tiba pula ada tanggungjawab lain yang perlu anda utamakan. Sebagai contoh kesibukan kerja yang membuatkan anda rasa masa tersebut tak sesuai untuk anda dirikan rumahtangga, takut tak mampu fokus antara kerja yang sedang banyak dan persiapan perkahwinan anda.

3. Ada kepentingan lain hingga terpaksa guna duit kahwin.

Sesiapa sudah tentu tak jangka bahawa masalah akan timbul saat-saat genting seperti ini. Mana tidaknya, majlis kahwin banyak nak guna duit tapi terpaksa dahulukan untuk perkara yang utama. Tidak mengapa kalau tangguh majlis hanya kerana wang anda masih belum cukup. Nanti bila dah cukup boleh plan lain.



4. Konflik dengan pasangan.

Dari awal kelihatan elok-elok sahaja, tetapi boleh pula bila dah nak kahwin ini macam-macam ragam yang keluar pula. Kejap nak kahwin kejap tak nak. Aduh pening juga kalau ikutkan keputusan sendiri. Jangan memaksa diri anda, selesaikan dahulu konflik antara anda dan juga pasangan anda.

5. Tarikh yang anda pilih itu bertindih dengan orang lain.

Ada kawan atau saudara yang ingin kahwin pada tarikh tersebut? Eh tak mengapa kalau anda dahulukan mereka dan tangguhkan majlis anda. Tak salah kalau pilih tarikh lain. Mana tahu majlis anda lagi meriah dari dia.

Setengah orang takut nak tangguhkan majlis perkahwinan ini kerana bimbang kalau-kalau ada yang bercakap belakang. Sebagai contoh, ada yang kata tak jadi kahwinlah, tak cukup duitlah, itu dan ini. Biarkan apa yang mereka kata, asalkan anda tahu keadaan sebenar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen