Macam Ini Rupanya Bila Lelaki Jatuh Cinta, Nampak Macam Cool Je Dekat Luar. Dekat Dalam Berbunga-Bunga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini kadang kala sangat kelakar, mana tidaknya, bila suka tak nak mengaku. Tapi dengan gerak geri yang dia tunjukkan pun sebenarnya boleh baca yang mereka ini bahagia dan sedang dilamun cinta. Walaupun mereka nak tunjuk yang mereka ini macho dan cool je, tapi dalam tak sedar mereka ini berbunga-bunga bila sedang bercinta.

Jika selalunya kita sering menganggap bahawa wanita yang jatuh cinta sahaja macam ada tak kena dan angau semacam, lelaki pun sama sahaja. Nak-nak bila berdepan dengan wanita yang dia sukai, memang lagi jelas keadaanya itu.
 


Buat anda yang tidak tahu bagaimana lelaki jatuh cinta, ini 5 perkara yang ada pada mereka.

1. Tersipu-sipu malu

Perasaan berdebar saat jatuh cinta ini bukan hanya dirasai oleh wanita sahaja tetapi lelaki juga merasai perkara yang sama. Mula rasa malu dan rasa diperhatian akan membuatkan dirinya tersipu-sipu malu walaupun di dalam hati sangat menyukainya. Segalanya boleh lihat diwajahnya apabila ia bertukar kemerah-merahan.



2. Rasa ingin perhatian

Tindakan kelakar dari seorang lelaki yang selalu anda anggap ego dan cool itu adalah apabila dirinya inginkan perhatian dari anda. Melakukan sesuatu agar dapat tarikan anda tanpa memikirkan orang sekeliling sememangnya agak kelakar. Kadang kala mereka tak sedar pun dengan apa yang mereka lakukan itu. Betul-betul dikuasai cinta ini.



3. Cuba melindungi

Seorang lelaki pasti akan terus berusaha untuk melindungi pasangan yang dia cintai. Jauhkan dari bahaya dan menjaga ia dengan penuh berhati-hati. Lelaki sejati juga tidak akan meninggalkan wanita seperti itu semudahnya bila dia benar-benar jatuh cinta dengan anda. Hidup bersama adalah impian yang ingin dicapai bersama anda.

4. Takut kehilangan

Seorang lelaki yang jatuh cinta akan takut kehilangan wanita yang dikasihinya. Dia akan sentiasa dekat dengannya, menemani dan menghiburkannya. Kadang-kadang lelaki itu boleh melekat pada anda lebih dari yang anda sangkakan. Tingkah laku uniknya dapat mencairkan hati seorang wanita.



5. Cuba penuhi kehendak pasangan

Lelaki yang betul-betul sayang akan anda sentiasa cuba untuk berikan apa yang anda mahukan. Dia mahu yang terbaik buat diri anda. Dia juga akan turut gembira apabila pasangannya itu bahagia dengan apa yang diberikan.

Orang lelaki ini bila dia sudah jatuh cinta dengan seorang wanita, memang macam-macam akan dia lakukan. Malah tindakannya sememangnya menunjukkan dia tulus mencintai anda. Wow! Bahagia betul wanita itu.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen