Sebelum Berumahtangga, Tak Salah Bahagiakan Orang Tua & Diri Sendiri Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam sebuah kehidupan. Dimana, hidup anda akan mula berubah. Anda akan mula fokus kepada rumahtangga, pasangan serta anak-anak. Malah, itu menjadi keutamaan anda berbanding perkara lain.

Siapa yang tidak mahu pergi ke fasa tersebut, setiap insan sudah tentu mengimpikannya. Namun, sebelum anda pergi ke fasa itu, jangan sia-siakan masa yang anda dengan menunggu dan berharap sahaja. Banyak perkara lain yang anda boleh isi dengan masa yang ada itu.

Sebelum bergelar sebagai suami atau isteri orang, tidak salah sekiranya anda menghabiskan masa yang ada buat ibu bapa dan juga keluarga anda. Ini 5 sebab mengapa anda perlu lakukan perkara ini sebelum kahwin.
 


1. Membalas budi ibu bapa

Mereka ini telah mendidikan anda sehingga besar dan dewasa. Jadi tidak salah saat ada waktu ini anda mula membalas budi yang telah mereka lakukan buat anda. Takut-takut selepas kahwin anda tak sempat nak lakukan semua itu. Jadi tak salahkan kalau anda lakukannya.



2. Sentiasa berdoa pasangan terbaik buat anda.

Apabila anda sentiasa berbuat baik pada mereka, tentu sahaja mereka akan sentiasa mendoakan pasangan yang terbaik buat anda, mana tidaknya anda juga merupakan anak yang baik. Doa ibu bapa buat anaknya adalah doa yang paling terbaik. Tak akan anda nak sia-siakan peluang ini.

3. Baik untuk mental anda.

Apabila anda membuat orang lain bahagia, secara tidak langsung anda juga akan merasai kebahagiaan itu. Jadinya bila anda mendirikan rumahtangga kelak, anda akan terbawa-bawa aura dan sikap yang sama semasa anda bujang dahulu. Hubungan rumahtangga anda juga akan lebih harmoni sahaja.



4. Tidak terkilan apabila tidak sempat melakukan itu kemudian hari.

Selepas kahwin mungkin fokus anda akan lebih kepada keluarga anda sehingga kadang kala tak sempat nak fokus kepada ibu bapa. Namun, tentu sahaja ibu bapa anda akan faham kerana anda telah banyak menghabiskan masa buat mereka saat bujang dulu. Kini dia akan memberi ruang kepada anda untuk hidup stabil bersama keluarga anda pula.

5. Bijak dalam memberi keutamaan.

Anda akan menjadi lebih matang, malah anda juga tahu bagaimana untuk bahagikan masa buat keluarga dan juga ibu bapa anda. Anda tahu mana yang perlu diutamaakan dan mana yang tidak. Banyak perkara penting dalam hidup ini, keutamaan itu yang membuatkan anda terus berjuang.

Waktu bujang yang ada itu bukan waktu untuk anda bersedih dan berharap pasangan tiba, tetapi ia adalah masa yang perlu anda gunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada kedua ibu bapa anda pula.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen