Apa Yang Suami Mahukan Dari Isterinya, Tentu Selalu Menjadi Tanda Tanya Buat Kaum Wanita Bukan? Haaa... Ini Super Daddy Kongsi Apa Yang Suami Mahukan Dari Kekasih Halalnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai orang perempuan ataupun isteri ini, kita selalu ingin difahami oleh orang lelaki. Banyak bahan bacaan pun lebih mengutamakan wanita kerana merasakan ramai lelaki yang tidak memahami kaum yang lemah ini. Tidak cukup dengan itu, keunikan wanita ini kadang kala membuat lelaki kurang faham dengan sikap mereka sebab itulah perlunya bantuan dari perkara lain.

Tapi bagaimana pula dengan suami? Apa yang dia mahukan. Adakah suami ini tidak perlu difahami?

Buat isteri-isteri yang selalu tertanya-tanya apa yang suami mahukan, haaa.... ini sedikit petikan perkongsian daripada Super Daddy, Khairul Abdullah mengenai apa yang seorang suami mahukan dari isterinya.

Semoga membantu para isteri di luar sana.
 


Apa yang suami nak dari seorang isteri?

Ada orang pm dan tanya aku, jadi aku jawab kat sinilah. Aku bagi point basic jer yer.

1. Dihormati.

Suami mahukan seorang isteri yang hormat dia. Walaupun isteri kerja besar, gaji lebih, boss di office namun suami hanya mahu dihormati sebagai ketua keluarga. Jangan tinggikan suara, jangan tukar panggilan bila bergaduh.

Time sayang "Honey, baby, ayang, abang bagai". Time marah ya rabbbi, terus panggil nama, terus kau aku. Gaduh-gaduhlah, hormat kena ada.

Yang boss besar tu sila tinggalkan pangkat di pejabat, jadi seorang isteri di rumah. Jadi isteri bukan hamba okeh.



2. Diyakini.

Suami mahu isteri yakin yang suami boleh "provide" untuk keluarga dia. Sokong dan jangan perkecilkan dia.

"Ayang yakin abang boleh buat, InshaAllah ayang sokong." Itu ayat yang suami nak dengar.

Sentiasa bagi semangat, bukan kondem. Korang boleh kondem dan baling lesung batu bila dia mintak nak kahwin lain walhal duit belanja setahun sekali pun jarang bagi.

3. Difahami.

Suami ni sebagai lelaki, dia jenis straight, logik, objektif serta problem solver. Isteri pula jenis subjektif dan emosional. Sebab tu saling melengkapi.

Jadi kalau lelaki kadang-kadang macam malas nak dengar korang berleter, tanya sepatah jawab sepatah tu sebab tulah.

Dia nak dengar dan sttle benda penting jer. Yang remeh dia tak berapa ambik port sangat. Jadi kena faham, jangan ambik hati sangat.



4. Dihargai

Selalulah puji suami. Bila dia berjaya selesaikan sesuatu berikan pujian.

"Allahu, pandainya abang buat susu baby, suam elok."

"Berkilatnya abang cuci pinggan dan gelas tu, pakai axion ke?"

"Terima kasih bang kerja penat-penat nak sara sayang dan anak-anak."

Peluk cium dia dan kata yang korang kagum dan bangga dengan dia.

5. Diberi ruang.

Kadang-kadang suami nak "quiet moment". Kalau dia baru sampai rumah janganlah terus ajak membawang.

Korang kalau nampak dia acuh tak acuh jawab soalan atau malas nak layan tu korang bagi chance la sekejap. Lepas hilang penat dia oklah tu.

Tapi kalau 3 hari 3 malam dia tak berapa nak cakap tu ada something wrong somewhere. Go figure!

6. Dipercayai.

Ini paling penting. Suami cukup marah kalau wife tuduh dia benda yang dia tak buat. Silap-silap esok dia pi buat betul-betul, biaq puaih hati.

Dalam perkahwinan benda ni paling penting untuk suami dan isteri. Saling mempercayai. Tapi kalau semua benda asyik dok rasa tak kena, rasa suspicious jer selalu maka mesti ada something wrong. Go figure lagi sekali.

Begitulah.

Ini aku lah, suami lain aku tak tahu. Tapi aku rasa majoritinya begitulah. Spesis lelaki ni sama jer dia punya biologi dan fisiologi dia.

Cuma kadang-kadang ada yang rare.

Sekian.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen