Bulan Madu Selepas Berkahwin Mampu Kurangkan Punca Penceraian. Tak Perlu Pergi Ke Oversea, Yang Dalam Negara Pun Okay Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perancangan perkahwinan, tentu macam-macam perkara yang telah dirancang. Ada yang nak pergi bulan madu di luar negara, ada pula yang nak bulan madu dalam negara. Tapi ada juga yang tak nak bulan madu, nak jimat katanya selepas keluar banyak duit. Tak pun anggap bulan madu itu boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Itu pun boleh jugakan.

Ada yang merasakan bahawa kalau nak berbulan madu ini, dekat rumah pun boleh. Selepas hidup bersama, setiap hari bulan madu tanpa perlu habiskan banyak wang. Tapi kalau dekat rumah kira bulan madu juga ke walaupun berdua?
 


Jangan terkejut, bahawa bulan madu itu mempunyai peranan yang tersendiri dalam ikatan cinta dan perkahwinan anda. Satu kajian yang dijalankan oleh Andrew Francis-Tan dan Hugo M. Mialon di Emory University mendapati bahawa pasangan suami isteri yang pergi berbulan madu selepas perkahwinan dapat mengurangkan risiko perceraian sebanyak 41%.



Haaa... Terkejut?

Ini berlaku kerana bulan madu berfungsi sebagai rehat sebentar bagi pasangan untuk melepaskan tekanan selepas berdepan dengan dugaan dalam penyediaan untuk perkahwinan. Bulan madu menjadi ruang untuk anda dan pasangan menjadi lebih dekat dan akrab yang berkualiti untuk kedua-dua mereka, menyatukan fikiran mereka, belajar bergantung kepada satu sama lain supaya mereka merasa terikat dan boleh memulakan perkahwinan dengan fizikal dan mental segar dan positif.

Tidak perlu pergi ke luar negara atau menghabiskan masa di tempat yang mahal, berbulan madu boleh dilakukan hanya dengan bercuti bersama ke tempat yang menyenangkan dan tenang. Jadi, jika anda berfikir bahawa bulan madu itu tidak penting, fikir lagi ya!
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen