Bahagia Bersama Pasangan Orang, Ini Yang Perlu Anda Fikirkan Sebelum Teruskan Hubungan Tersebut.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan terhadap seseorang ini tidak boleh dipaksa. Dengan siapa ataupun pada siapa ingin kita berikan. Bahkan kita sendiri tidak minta untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan dengan seseorang yang sudah berpunya, perasaan itu hadir membuatkan kita terima siapa dirinya dengan mudah.

Akan tetapi, menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang bergelar suami orang ataupun kepunyaan orang ini bukan satu perkara yang boleh dipandang mudah dan remeh. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu anda fikirkan terutama mengenai masa depan kalian serta bagaimana penerimaan pasangannya kelak.
 


Walaupun pada awalnya kalian bahagia, tetapi itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan di akhirnya. Banyak perkara yang boleh terjadi tanpa anda duga. Rasa bahagia yang anda rasakan saat ini boleh menjadi satu yang sangat bahaya buat diri anda. Sebelum anda memilih teruskan hubungan anda bersamanya, baik anda fikirkan perkara ini dahulu.

Jika diteruskan, ia akan semakin menyakiti diri anda

Seronok dan bahagia hanyalah seketika sahaja, selepas perbuatannya terbongkar bersama pasangannya sudah tentu anda tidak akan merasai itu semua. Tentu anda akan terpaksa memendam perasaan dan mengalah dengan setiap perbuatan si dia bersama pasangannya. Malah akan menjadi lebih sedih lagi apabila dirinya akan lebih memihak kepada pasangannya. Sudah tentu anda yang terluka juga akhirnya.



Pasangannya akan turut terasa disakiti dengan keadaan ini

Tentu tidak pernah anda fikirkan akan keadaan pasangannya kerana anda sedang menikmati kebahagiaan anda. Tetapi sedarlah perbuatan anda ini akan memberi kesakitan kepada pasangannya. Mana tidaknya, dia telah dikhiananti tetapi anda pula menikmati kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya. Sudah tentu perkara ini sangat menyedihkan dalam hidupnya.

Pandangan buruk orang terhadap diri anda sukar untuk dibuang

Apabila anda cuba mendekati atau merampas kebahagiaan orang lain, jangan terkejut kalau anda mendapat pandangan buruk terhadap orang sekeliling anda. Merampas kebahagiaan orang lain bukan satu perkara yang boleh diterima dalam masyarakat kita ini. Tidak kiralah sebaik mana pun anda tetap akan ada kata-kata buruk mengenai anda. Berapa lama anda akan bertahan dengan keadaan seperti ini?



Takut ada balas yang sama dikemudian hari

Apa yang paling menakutkan sebenarnya anda mendapat balas yang sama dikemudian hari. Hari ini anda merampas kebahagiaan orang, takut esok lusa kebahagiaan anda pula dirampas dengan orang lain. Nak salahkan siapa? Kalau bukan kena pada diri anda boleh jadi kena pada anak atau cucu anda kelak. Tentu takut kan.

Penerimaan orang sekeliling yang kurang baik

Bila anda telah melakukan perkara ini, bukan sahaja pandangan dan kata-kata buruk yang anda dapat tetapi penerimaan orang sekeliling juga bukan mudah. Akan ada yang menjauhkan diri dari anda, ada pula yang akan bermuka-muka dan macam-macam lagi. Susah nak buat orang terima kita bila satu kesalahan kita terlihat.

Sebab itulah sebelum anda membuat keputusan untuk terus bersamanya tanpa memikirkan statusnya, ketahuilah bukan mudah nak berdepan dengan semua perkara. Walaupun anda rasa bahagia kerana hadirnya dia, tapi sampai bila anda hanya bahagia bersamanya.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen