Kos Perkahwinan Yang Sedikit Lebih Kekalkan Hubungan Berbanding Yang Mewah & Berhabis-habisan. Ini Kata Pakar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis perkahwinan ini kalau dilihat sudah macam satu perlumbaan. Masing-masing sibuk nak buat majlis kahwin yang paling mewah dan juga meriah. Bahkan, kalau boleh majlisnya ini memakan satu perbelanjaan yang banyak, barulah mereka ini betul-betul puas hati.

Ada yang sanggup berhutang sana sini, ikat perut malah buat pinjaman bank, hanya kerana ingin pastikan majlis perkahwinannya lebih meriah dari yang lain. Jemputan yang ramai, pelamin yang mewah, serta baju persandingan yang berhelai-helai. Aduh, banyak betul wang yang perlu dikeluarkan itu.



Tapi perlu ke majlis yang seperti ini? Bukannya majlis perkahwinan yang meriah dan mewah ini akan menjadi penentu akan rumahtangga yang bahagia.
 


Ada orang berpendapat bahawa perkahwinan ini hanya berlaku sekali seumur hidup, maka dengan itu majlis yang mewah perlulah dilaksanakan sebagai kenangan sepanjang hayat. Tapi ada pula yang berpendapat bahawa nikah itu cukup sekadar bersederhana, lakukan perkara yang wajib dan sesuai di sisi agama.

Semua itu terpulang pada pendapat masing-masing, tapi satu kajian mengatakan berapa banyak yang anda belanjakan untuk berkahwin sebenarnya boleh menentukan berapa lama perkahwinan anda berlangsung.



Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Hugo Mialon dan Dr. Andrew Francis dari Emory University pada tahun 2014, dan ditulis oleh Randy Olson mendapati bahawa pasangan yang membelanjakan tidak lebih daripada $ 1k (satu ribu ringgit) untuk majlis perkahwinan sebenarnya boleh mengurangkan risiko perceraian sebanyak 53%.

Semakin mahal kos perkahwinan, semakin besar risiko perceraian. Walaupun dalam kajian yang sama juga disebutkan bahawa menjemput ramai tetamu, sekurang-kurangnya 200 orang, juga dapat meningkatkan kekuatan perkahwinan , tetapi ternyata sebanyak perbelanjaan perkahwinan.

Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah, mengudang tetamu yang secukupnya dan perbelanjaan perkahwinan yang tidak terlalu berlebihan adalah satu pilihan yang terbaik.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen