"Jatuh Cinta Boleh Buat Anda Gemuk". Tak Apa Asalkan Ada Orang Yang Sayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila badan mula berisi sahaja tentu akan mula kaitkan dengan bahagia dan jatuh cinta. Tapi memang ada kaitannya pun, cuma ramai yang tak mahu mengaku dan sedarinya. Sebab itu ramai pasangan yang sudah berkahwin akan berdepan dengan masalah berat badan yang naik secara mendadak, tapi bukan mereka sahaja yang bercinta pun sama sahaja.

Walaupun terasa bahagia tetapi berat badan yang berlebihan ini bahaya buat kesihatan. Jadi apa yang sebenarnya menjadi punca berat badan bertambah semasa bercinta? Jom ambil tahu.
 


1. Kerap sangat makan.

Bila nak keluar bersama sahaja tentu akan tertanya-tanya mana arah tuju yang hendak pergi. Tempat paling mudah nak berkongsi rindu sudah tentu tempat makan. Tidak kiralah waktu bila pun, tempat makan memang menjadi pilihan kebanyakkan pasangan sampaikan tengah malam pun masih pergi kedai makan. Sekali atau dua kali makan keluar boleh, tetapi juga mempertimbangkan kesihatan. Penyelidikan yang dijalankan di University of Glasgow membuktikan bahawa orang yang berkahwin cenderung untuk mendapatkan berat badan kerana menggunakan gaya hidup rakan kongsi yang tidak sihat.



2. Perbezaan dalam metabolisme badan

Secara umum, tubuh lelaki mempunyai metabolisme yang lebih cepat dalam memproses makanan supaya lebih lambat dalam kenaikkan berat badan. Berlainan pula pada wanita kerana metabolisme badan mereka cenderung perlahan supaya dan menyebabkan berat badan menaik dengan lebih cepat. Inilah sebabnya mengapa lemak tiba-tiba terbentuk di dalam badan.

3. Jarang bersenam

Berdating lebih seronok berbanding bersenam bukan? Tetapi buat mereka yang bujang lebih banyak mengahabiskan masa dengan bersenam. Jadi tak salah kalau anda dan pasangan sama-sama bersenam demi mendapatkan berat badan yang ideal.



4. Menjadikan anda lebih malas ambil tahu mengenai diri sendiri

Berjumpa dengan seseorang yang boleh terima diri anda seadanya juga sangat penting dalam sebuah hubungan, tapi pada masa yang sama anda tidak boleh mengabaikan kesihatan diri anda. Badan sihat bersama pasangan yang sayang anda barulah betul-betul ideal.

5. Perasaan bahagia

Berhati-hati, ternyata bahagia juga dapat meningkatkan berat badan. Satu kajian yang dijalankan di University of North Carolina mendapati bahawa pasangan yang benar-benar bahagia dengan hubungan cinta mereka cenderung untuk mendapatkan kenaikkan berat badan kerana mereka tidak perlu risau tentang apa-apa.

Jangan kerana anda bahagia anda mengabaikan kesihatan diri anda. Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan anda.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen