Nak Jumpa Jodoh Cepat, Kena Selalu Pakai Baju Berwarna Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa tidak bimbang kalau jodoh ini masih belum nampak bayang lagi. Macam cara telah dilakukan tetapi masih sama juga. Sabar, boleh jadi ini ujain buat diri anda. Tapi apa-apa pun, banyak lagi cara lain yang boleh anda lakukan sebagai usaha.

Antaranya adalah penampilan anda. Bukan baiki penampilan tetapi pilih warna yang sesuai agar menjadi tarikan buat si dia. Haa... Tak sangkakan, dengan warna baju juga boleh mendapatkan anda jodoh.

Selalunya kita akan memilih warna selamat seperti hitam kerana ingin kelihatan lebih kurus dan langsing. Malah, warna ini juga lebih mudah nak dipadankan tudung. Memilih warna hitam sememangnya tiada masalah pun sebenarnya.



Baju warna hitam buatkan wanita lebih seksi, yakin dan bijak.



Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh portal membeli belah dalam talian, wanita yang memakai baju berwarna hitam akan dilihat lebih seksi, yakin dan bijak. Kajian tersebut melibatkan seribu responden lelaki, dimana para penyelidik menunjukkan gambar wanita dan mereka perli memberikan penilaian berdasarkan warna baju yang dipakai wanita terbabit. Hasil kajian mendapati, majoriti responden lelaki berpendapat bahawa wanita yang memakai baju warna hitam lebih menarik perhatian.

Warna biru terlihat bijaksana, manakala merah kelihatan berkeyakinan tinggi.



Bukan hanya warna hitam sahaja yang sepatutnya anda cuba, tetapi warna biru yang melambangkan kebijaksanaan juga perlu ada dalam almari rumah anda. Jangan takut nak cuba warna ini tidak kiralah yang gelap mahupun yang terang kerana tentu akan serlahkan kebijaksanaan diri anda.

Seperti yang kita tahu bahawa warna merah ini menunjukkan bahawa anda ini seorang yang berani, tetapi bukan hanya berani sahaja ia juga menunjukkan anda seorang berkeyakinan tinggi. Walaupun ramai yang tidak rasa yakin akan warna ini kerana warna yang terlalu terang dan menyerlah, tapi anda tetap juga perlu miliki baju warna ini walaupun sehelai. Mana tahu ketika anda mengenakannya akan ada yang terpikat.

Tapi apa-apa pun bukan hanya warna pakaian melambangkan diri anda, sikap anda juga penting untuk menarik perhatian jodoh anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen