Berhari-Hari Fikirkan Masalah Yang Mengganggu Sampaikan Tak Cukup Tidur, Ini Cara Mudah Kawal Beban Fikiran Anda Alami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang masalahnya kecil sahaja, tetapi difikirnya berhari-hari sampaikan mengganggu rutian harian. Tidak kiralah masalah berlaku di tempat kerja, rumahtangga, kekasih atau apa pun tentu ada cara penyelesaiannya. Jangan terus menerus memikirkan masalah tersebut sehingga mengganggu kesihatan diri anda.

Kalau difikir terus menerus sekalipun belum tentu mampu selesaikan masalah anda. Adalah lebih baik anda bertindak dari terus berfikir, bahkan ia akan menjadi bebanan fikiran anda. Berikan ruang supaya perkara baru boleh masuk.

Tak boleh nak berhenti fikir ataupun lupakan walaupun sekejap, ini cara anda mengurangkan beban fikiran yang mengganggu diri anda.



1. Biarkan Minda Anda Berehat

Kajian mendapati bahawa ‘bekerja kuat’ bukan bermakna bekerja secara bijak. Kehidupan menjadi tidak seimbang kerana salah terlampau fokus dalam satu aspek dalam kehidupan berbanding hal-hal lain – contohnya kerja lebih diutamakan sehingga tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Ambil masa untuk diri anda, membiarkan minda anda bertenang. Meluangkan masa sekejap untuk berjalan kaki mengambil udara segar, meluangkan mmasa bersama ibu bapa, keluarga ataupun rakan-rakan, ambil masa untuk berehat atau tidur sebentar. Ataupun hiburkan diri anda dengan menonton cerita atau rancangan yang ada unsur lucu bagi memberi ruang kepada minda untuk relaks.



2. Terima Pujian Dan Lupakan Kritikan

Tak semua orang boleh menerima kritikan dengan baik. Bahkan, ia mengambil masa yang supaya seseorang itu dapat biasakan diri untuk menerima kritikan.

Namun, ini merupakan kerugian untuk diri kita jika kita hanya memilih untuk mengingati bahagian negatif sahaja, sedangkan masih ada banyak pujian dan kata-kata positif yang kita terima dalam hidup.

Belajar untuk melihat kritikan daripada kaca mata yang lebih terang. Tukarkan kritikan tersebut dan mengambilnya sebagai teguran supaya kita dapat menjadi lebih baik. Kita tidak harus selamanya hidup dengan kritikan orang. Beri peluang kepada diri untuk lebih percaya akan diri sendiri.



3. Peruntukkan Hanya Masa Yang Spesifik Untuk Risau

Tanpa disedari, kita sering sekali risau tentang perkara-perkara yang tidak perlu seperti ini. Sebenarnya kerisauan ini akan menyerap tenaga anda lebih-lebih lagi dari sudut emosi dan mental. Dan ini yang membuatkan anda kerap overthinking.

Apa yang boleh anda buat untuk mengawal hal ini? Caranya mudah sahaja, dengan memperuntukkan masa yang khusus sahaja untuk anda risau.

Katakan pada diri sendiri bahawa anda hanya boleh risau dalam masa sekian-sekian sahaja, dan anda tidak boleh risau lagi selepas itu. Atau apabila fikiran anda mula menerawang memikirkan perkara yang bukan-bukan, katakan pada diri bahawa itu bukan masanya lagi untuk risau atau rasa terganggu.

Contoh:
“Okay benda belum berlaku lagi, kalau nak panik nak risau, kita panik sekarang. Lepas ni kita nak kena buat apa.”

Cara ini dapat mengawal fikiran daripada terjatuh ke dalam pola pemikiran negatif, yang sekaligus membuat anda terganggu sepanjang hari.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen