Wanita Bangun Awal Pagi Lebih Susah Nak Depress. Lepas Ini Kena Rajin Bangun Pagi, Barulah Jadi Menantu Pilihan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila hari Isnin hingga Jumaat adalah hari yang sibuk, maka hari cuti itulah digunakan untuk berehat sepuasnya. Ambil masa untuk dapatkan tidur yang lebih lama serta selesaikan keadaan rumah serta bilik yang tidak sempat diurus pada hari berkerja. Itu pun jika cuti yang diperolehi adalah pada hujung minggu, buat mereka yang hanya cuti sehari sahaja dan tidak tetap cuti itu, tentu rasa lebih letih dan perlu rehat yang lebih cukup.

Sebab itulah selalu sangat kita dengar, bahkan kadang kala ia menjadi tabiat kita sendiri. Dimana, bila cuti sahaja maka masing-masing ingin tidur sepuasnya. Paling tidak pun, bangun lewat dari tidur. Itu memang satu perkara yang seronokkan dan betul-betul beri rehat yang mencukupi.



Kadang pukul 12 tengah hari masih tidur lagi, tapi itu belum yang sehingga petang masih belum bangun. Betul-betul bayar hutang tidur untuk seminggu ni. Adakah anda terdiri daripada mereka yang bangun lewet juga pada waktu cuti?



Ada dua jenis manusia sahaja setiap pagi, sama ada yang akan bangun awal, atau bangun lambat.

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti of Colorado Boulder dan Hospital Brigham and Women di Boston menunjukkan mereka yang suka bangun awal pagi kurang mengalami depression atau tekanan perasaan berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychiatric Research itu menggunakan 32,000 wanita berusia lingkungan 55 tahun dan kebawah.

Daripada kajian tersebut menunjukkan wanita yang bangun awal pagi setiap hari hanya 12 hingga 27 peratus berpotensi mengalami depressi, berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Jadi, korang kategori mana?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen