Anak Kedua Bongsu Lebih Manja, Bijak Ambil Hati Mertua & Pasangan, Wahhh... Tentu Senang Hati Terima Kehadiran Orang Baru Seperti Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum hadirnya anak bongsu, tentu akan ada seseorang yang merasakan dia adalah adik bongsu dalam keluarga tersebut. Sebelum dia memiliki adik, tentu sahaja segala perhatian dan kasih sayang ahli keluaga tertumpu pada dirinya. Tapi, tiba-tiba dapat pulak adik. Jadi dia bukan adik lagi, tetapi sudah menjadi abang atau kakak.

Ramai yang selalu menganggap bahawa anak bongsu ini manja, tetapi rupanya anak sebelum bongsu lebih manja dari anak bongsu. Ini kerana, mereka ini seorang yang selalu inginkan perhatian serta kasih sayang daripada orang sekelilingnya, malah sikapnya sendiri pun jelas menunjukkan dia itu manja.

Tapi sangat beruntung jika memilih dia sebagai teman hidup anda. Tidak jauh sangat sikap manjanya dengan si bongsu cuma yang membezakannya adalah mereka ini lebih sedikit matang berbanding adiknya. Jadi kalau anda memilihnya sebagai pasangan, sudah tentu anda berjaya memiliki keduanya sekaligus pada orang yang sama iaitu manja dan matang dalam apa jua keadaan.



Lebih uniknya lagi, mereka ini bijak untuk bergaul tidak kiralah dengan orang yang lama dia kenal ataupun baru sahaja dia kenali. Tidak kekok membawa diri membuatkan mereka ini mudah untuk disenangi dan kalau bersama keluarga mertua pun mereka akan mudah disayangi. Cekap membawa diri membuatkan mana-mana mertua pasti senang akan kehadiran dirinya dalam keluarga anda. Aduhhh... macam menantu pilihan pula.



Mereka ini juga bijak untuk ambil hati pasangan serta keluarga mertua membuatkan dirinya lebih mudah untuk mudah mesra dengan kalian walaupun baru sahaja mengenali keluarga anda. Sikapnya yang manis dan juga menghormati orang lain membuatkan ibu bapa mertua rasa selesa akan kehadirannya walaupun dia masih baru dalam keluarga tersebut.



Lebih menariknya, mereka ini pandai bergurau dan menghiburkan hati orang sekeliling walaupun kadang kala menyakitkan hati tetapi dia tahu dan bijak untuk menarik kembali hati orang yang terluka itu. Aduh, dahlah pandai bergurau, pandai pula memujuk pasangan dan ahli keluarganya.

Sangat beruntung jika anda memilih mereka ini sebagai pasangan hidup anda. Bukan sahaja memudahkan diri anda sahaja tetapi dia juga akan menyenangkan hati keluarga anda juga. Sikapnya yang sememang semulajadi dan tidak dibuat-buat itu membuatkan semua orang selesa berada didekatnya walaupun kadang kala manjanya mengalahkan anak bongsu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen