Kerap Termimpikan Bekas Kekasih, Masih Rindu Atau Gagal Move On?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang lepas telah lama berlalu, tapi mengapa tiba-tiba termimpikan dirinya? Adakah hati ini masih rindu? Tak dapat move on sepenuhnya?

Bila termimpikan seseorang yang sudah lama tidak berjumpa kadang kala sememangnya sangat mengejutkan. Rasanya sudah tidak memikirkan dirinya, bercakap mengenai dirinya pun sudah tidak pernah. Adakah ada perkara yang masih tak selesai lagi antara kalian berdua?

Kalau kawan lama, bolehlah juga anda hubungi dirinya bertanya khabar, tapi kalau bekas kekasih yang tiba-tiba datang dalam mimpi, tak akan nak bertanya khabar pula. Tentu rasanya sangat pelik, bahkan kalian masing-masing sudah memilih jalan hidup sendiri.



Buat anda yang masih termimpikan akan bekas kekasih anda, ini adalah beberapa punca yang kemungkinan berlaku. Akan tetapi jangan terlalu percaya sangat pula.

1. Merindukan sesuatu darinya

Boleh jadi anda teringat akan dirinya dan merindukan sesuatu yang pernah dia lakukan terhadap anda. Mungkin anda rindu senyumannya, layanan yang dia berikan ataupun kata-kata manis yang selalu dia ucapkan. Saat-saat indah dan romantik ini sangat mudah terbayang difikiran anda apabila menonton cerita romantik yang sememangya akan mengganggu difikiran anda nanti.



2. Tak dapat nak move on lagi

Mungkin tidak selalu sangat berlaku, tetapi bila anda masih belum dapat move on lagi anda akan selalu terbayang dan teringat akan dirinya. Maka dengan itu, anda akan membawanya ke dalam tidur anda. Jika anda sudah move on, tentu anda jarang sekali anda berdepan dengan masalah ini. Mana tidaknya, bila belum move on, anda akan rindukan dirinya sekaligus akan teringat kembali momen indah bersama.

3. Rindu dan ingin memiliki kekasih, kalau belum ada pengganti

Terasa ingin dimanja dan dibelai oleh seseorang yang disayangi, itulah yang membuatkan anda teringat akan dirinya. Jika anda masih belum mempunyai pengganti, maka segera cari seseorang untuk ceriakan dan bahagiakan hidup anda. Jangan biarkan dirinya terus menerud mengganggu tidur anda.



4. Bandingkan bekas kekasih dengan kekasih yang sekarang

Mungkinkah kekasih anda sekarang ini tidak sehebat yang dulu? Itu yang membuatkan anda termimpikan dirinya. Setiap orang sememangnya berlainan, anda perlu terima pasangan anda yang baru ini bukannya terus membuat perbandingan. Jika anda terus bersikap ini anda tidak akan bahagia.

5. Mainan tidur sahaja

Paling mudah nak sedapkan hati sudah tentu mimpi ini hanya mainan tidur sahaja. Jadi buat apa nak fikirkan sangat. Biasalah tidur tak basuh kaki memang macam-macamlah mimipi dia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen