Takut Dipermainkan, Bimbang Cinta Bertepuk Sebelah Tangan. Ini Yang Anda Perlu Jelas Terhadap Hubungan Yang Tidak Pasti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita telah meletakkan satu harapan serta beri hati kita pada seseorang, sudah tentu kita tidak mahu terluka atau dilukai olehnya. Sudah tentu anda harapkan bahawa si dia itu akan membawa kebahagiaan, sinar kegembiraan serta boleh membawa anda ke hubungan rumahtangga yang diangankan selama ini. Namun, kalau rasa tidak yakin, bahkan bimbang dipermainkan tentu ada cara untuk kenalpasti siapa anda sebenarnya di hatinya.

Sayang macam mana sekalipun anda terhadap dirinya tapi jika hanya anda sahaja yang menyayangi dan berjuang dalam hubungan itu, tentu tidak membuahkan hasil serta hubungan yang terbina itu tidak menjaminkan apa-apa.



Bagi mengelakkan anda lebih terluka lagi, jika dia miliki sikap seperti ini, tinggalkan sahaja dirinya itu.

1. Lambat respon terhadap panggilan atau mesej anda

Sudahlah anda yang mencarinya dahulu tapi dia pula memberi satu tindak balas yang lambat. Walau sesibuk mana pun dirinya kalau dia sengaja mengabaikan anda itu sememangnya bukan satu tindakan yang sewajarnya. Jika dia melakukan ini kepada anda, itu tandanya anda bukan orang yang penting dalam hidupnya.



2. Tidak berkongsi media sosial dengan anda

Jika anda pasangannya sudah tentu menjadi perkara biasa bila kalian saling follow antara satu sama lain di media sosial, tetapi berlainan dengan dirinya. Dia tidak mahu anda tahu mengenai media sosialnya malah sentiasa menyembunyikan segala perkara yang berkaitan media sosialnya dari anda. Kalau tak berkongsi password itu perkara biasa tapi kalau saling tak follow ini memang lain macam.

3. Tidak pernah berbual perkara yang serius

Macam mana nak tahu seseorang itu serius ingin bersama dengan kita, sudah tentulah dirinya akan berbincang mengenai masa depan, perkahwinan, rumahtangga, keluarga dan pelbagai lagi. Akan tetapi, jika dia tidak pernah bercakap mengenai perkara ini bahkan sentiasa mengelakkan untuk berbincang mengenai perkara ini, dia hanya sekadar mempermainkan anda sahaja.



4. Jarang berikan perhatian kepada anda

Apabila seseorang menyayangi diri anda, dia suka memberi perhatian kepada anda. Bila anda sakit, dia orang pertama yang akan bimbang. Bahkan dia selalu ingin berbual manja dengan anda walaupun kalain berjauhan. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan semua ini anda berhak untuk mencurigai dirinya.

5. Mendekati bila ada mahunya

Bila dia mahukan sesuatu seperti wang, teman ataupun apa-apa sahaja, barulah dirinya akan mula mencari anda. Sedangkan selama ini anda mencarinya tetapi dia hanya buat tak tahu sahaja. Tapi tiba-tiba datang meminta sesuatu yang sangat mendesak.

Jika dia miliki sikap ini, sila tinggalkan dirinya segera. Dia hanya mempermainkan bukannya mahukan diri anda dengan ikhlas.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen