Bimbang Baju Pengantin Tak Muat, Haaa... Ini Cara Kawal Nafsu Makan Anda Yang Sentiasa Membuak-Buak Tu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah mula menghitung hari, perasaan semakin mendebar malah banyak perkara yang semakin memeningkan kepala. Kalau boleh semua perkara nak disiapkan dalam masa satu hari, tapi itu semua bukan mudah. Tak cukup dengan itu juga, ingin tampil menawan pada hari bahagia juga sudah semestinya memerlukan usaha yang gigih, nak-nak lagi jika bab pakaian. Aduh... bimbang baju pengantin tak muat je.

Kadang kala stress juga akan membuatkan berat badan anda bertambah serta anda tidak menjaga pemakanan dengan betul, sebab itulah anda perlu mengawal dari awal, bukannya bila dah dekat anda baru bimbang dan mula bertindak.

Menurut kajian di Malaysia sudah berada di tempat pertama di Asia Tenggara dengan kadar obesiti yang paling tinggi. Kajian dari Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) telah mendapati prevelan obesiti sudah semakin meningkat dari 4.4% (NHMS 1996) dan 14.0% (NHMS 2006) kepada 15.1% pada tahun 2011. Oleh itu sangat disaran dan ditekan kan kepada rakyat Malaysia supaya mengurangi jumlah pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya penyakit diabetes dan hipertensi ini tidak semakin berleluasa.



Sebenarnya terdapat beberapa hormon yang tertentu berada di dalam badan kita seperti yang telah dinyatakan oleh saintis yang menyebabkan seseorang mudah ketagihan. Tabiat makan terlalu banyak juga salah satu ketagihan yang sesetengah orang tidak boleh kawal dan seberapa banyak mana makanan yang telah dimakan.

Ia bukan hanya boleh menyebabkan obesiti, malah seseorang juga boleh terkena gangguan mental contohnya depresi.
Berikut merupakan 5 cara mudah untuk anda kawal nafsu makan dengan mudah serta menurunkan berat badan dengan cepat.

1. Gantikan makanan yang diproses dan pemanis dengan makanan yang berkhasiat

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bahawa produk yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, ataupun lemak yang terlalu banyak akan membuat ketagihan dan mencetuskan tindakbalas kimia di dalam tubuh badan. Oleh itu, sangat penting untuk anda menggantikan makanan dengan produk yang lebih berkhasiat dan sihat. Sebelum pergi membeli-belah, anda harus membuat catatan barangan yang ingin dibeli supaya tidak membeli barangan yang tidak penting.



2. Kawal jumlah pemakanan yang diambil

Jika anda masih belum dapat mengubah dan membuang makan makanan yang tidak sohat, sebaiknya anda cuba untuk mengurangkan jumlah tertentu. Contohnya makan makanan ringan, lebih baik beli dalam pek yang lebih kecil dari biasa dan hanya makan sebahagian darinya. Jika masih juga terasa lapar, selepas 30 minit anda boleh mekan yang selebihnya.

3. Elak minuman berkafien

Setiap pagi sudah pasti kita akan minum kopi dan teh sebagai minuman pagi sebelum pergi kerja dan sekolah bukan? Cuba anda kurangkan jumlah pengambilan kafien setiap hari supaya anda kekal sihat dan bertenaga. memiliki tidur yang cukup juga sangat penting bagi menangani masalah tekanan setiap hari. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.



4. Masak sendiri di rumah

Memasak di rumah juga adalah salah satu cara yang paling berguna dan terbaik. Ini kerana, anda boleh mengawal sendiri jenis makanan yang ingin dimakan. Disitu anda boleh mengehadkan tahap pengambilan garam, gula dan lemak di dalam setiap hidangan. Cara ini juga boleh membantu anda untuk mencapai matlamat untuk mengurangkan kalori dalam tubuh badan.

5. Urutan

Tahukah anda, mengambil khidmat urutan juga boleh menjadi sebahagian tips untuk menurunkan berat badan. Contohnya melakukan urutan Sweden dan ianya sangat bagus untuk peredaran darah dan juga otot-otot. Bukan itu saja, cara ini juga baik untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh menggunakan krim panas untuk mengurut kawasan yang bermasalah seperti di paha, perut dan pinggul.

Semoga dengan cara diatas boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan yang berlebihan kerana makan terlalu banyak. Semoga bermanfaat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen