Jangan Terlalu Teruja Berkongsi Gambar Scan Bayi Untuk Tatapan Umum. Ini Hukumnya Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa teruja bila tahu bakal menimang cahaya mata sememangnya perkara yang ingin dikongsi bersama ramai orang. Dengan perasaan yang begitu bangga sehingga ingin beritahu satu dunia bahawa kalian akan bergelar sebagai ibu dan ayah tidak lama lagi.

Tidak cukup sedar berkongsi berita sahaja, ada juga ibu bapa muda yang memilih untuk turut berkongsi imej imbasan janin dalam kandungan buat tatapan umum tanpa memikirkan baik buruknya perbuatan tersebut. Ini hukum mempamerkan imej imbasan janin dalam kandungan yang ibu bapa muda perlu tahu.



Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan hukum mempamerkan imej imbasan janin dalam kandungan untuk tatapan awam sebagai makruh tanzih. Makruh tanzih ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa, misalnya makan bawang mentah.

HUKUM PAMER IMBASAN JANIN DALAM KANDUNGAN

Menerusi kenyataan tersebut, paparan imej yang terhasil adalah bersifat sangkaan semata-mata dan bukan hakikat sebenar. Sekiranya seseorang itu meyakini imej janin tersebut sepenuhnya, akidahnya berkemungkinan akan terjejas.





HAD HARUS ADALAH IMBASAN 2D

Kaedah imbasan janin dalam rawatan maternity pula pada asalnya harus memelihara nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, hanya imbasan ultra sound 2D sahaja merupakan had keharusan yang dibenarkan oleh syarak. Sekiranya perlu menggunakan jenis imbasan ultra sound selain 2D iaitu 3D, 4D, 5D dan lain-lain, perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar agama terlebih dahulu.



Jawatankuasa Fatwa Negeri Negeri Kedah juga turut mengingatkan kaum wanita untuk menyimpan gambar janin dalam kandungan bagi menjaga maruah serta adab seorang muslimah serta menghayati sifat mahmudah.

Jawatankuasa Fatwa turut menasihatkan semua pohak supaya cukup hanya menzahirkan dan berkongsi kegembiraan tersebut dengan mahram, ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen