Jangan Cepat Percaya Mulut Lelaki, Semuanya Memang Manis-Manis Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sememangnya sangat sukakan kata-kata pujian dari seseorang yang dia sayang. Setiap kata-kata yang manis serta menyenangkan dirinya tentu sahaja akan membuatkan dia tersenyum malu. Siapa sahaja yang tidak tergoda dan berbunga hatinya bila mendapat kata-kata seperti ini, semua orang sudah tentu akan berdepan dengan perkara yang sama.

Dengan kata-kata seperti ini jugalah wanita akan mudah tertipu, terpedaya dan menjadi lemah. Mana tidaknya, kata-kata yang terlontar dari mulut itu belum pasti akan keikhlasannya. Boleh jadi ia satu perangkap yang hanya akan mempermainkan hati wanita bahkan boleh jadi juga ia sememangnya ikhlas dari hatinya.



Akan tetapi, bila kata-kata ini terungkap, wanita tidak kisah akan ia ikhlas atau tidak, ia ada niat tersembunyi atau sebaliknya kerana hati mereka sudah tersenyum dengan perkara tersebut dan mereka merasakan bahawa ianya sangat membahagiakan.

Wanita perlu sedar!

Jangan mudah terima segala kata-kata manis itu sebagai satu pujian dari pasangan anda. Boleh jadi ada niat yang tersembunyi tanpa anda sedar.



1. Dia sembunyikan kesalahannya dengan kata manisnya

Bila anda terleka dengan kata-kata manis dan pujian, itu hanya sekadar wayang untuk menutupi segala silapnya. Bahkan, ia juga satu perluang untuk dia melakukan kesalahan yang sama apabila anda tidak menegurnya dan melupakan perkara tersebut.

2. Kata-katanya palsu hanya untuk buat anda semakin takut kehilangannya.

Apabila dia terlalu kerap memberi kata yang manis-manis saat kalian berdua baik, ia akan membuatkan perasaan takut kehilangan dirinya semakin tinggi. Anda takut selepas ini tidak ada orang lain yang akan memberi layanan yang sama kepada anda. Sedangkan tanpa sedar anda berada dalam hubungan yang tidak baik.



3. Janji-janji manis tak akan pernah tertunai.

Anda perlu tahu segala janji-janji manis yang dia berikan itu hanya sekadar kata-kata sahaja. Itu hanya sekadar untuk menyejukkan hati malah janji-janji yang ditaburkan itu tidak akan pernah tertunai walaupun anda memintanya untuk melakukan tetap sahaja dia tidak mampu untuk lakukannya.

Orang lelaki ini sememangnya bermulut manis saat ingin memiliki anda. Akan tetapi, setelah dia berjaya memiliki anda, belum tentu dia akan menjadi orang yang sama seperti anda kenali. Jadi jangan mudah percaya akan kata manis dan pujian dari seorang lelaki, nak-nak lagi jika dia itu bukan suami anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen