"Semua Lelaki Sama Sahaja." Anda Sebenarnya Terlepas Peluang Berjumpa Lelaki Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Lelaki semua sama sahaja...” itulah sering kali kita akan dengar apabila dirinya dikecewakan oleh seorang lelaki yang dia cintai. Walaupun bukan kesemua lelaki melakukan perkara itu terhadap dirinya tapi disebabkan dirinya pernah terluka, dia terus mengjatuhkan hukuman.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, tapi nak buat macam mana, bila hati dah terluka memang itulah yang akan dikatakan. Adakah takdir yang menyebabkan mereka ini berjumpa dengan lelaki yang seperti ini?

Adakah tidak ada lelaki yang baik buat dirinya?

Bahkan sering kali dipertemukan lelaki seperti ini membuat dirinya tidak mempercayai lelaki?



Bukan tiada lelaki yang baik sebenarnya, cuma belum tiba masanya lagi anda berjumpa dengan lelaki yang tepat. Kadang kala lelaki seperti ini hadir sebagai ujian dalam hidup anda agar lebih berhati-hati memilih pasangan.

Bukan itu sahaja kadang kala juga yang melepaskan peluang untuk berjumpa lelaki yang baik kerana beberapa sebab;

1. Susah buka hati untuk orang lain

Tidak menerima kehadiran orang baru dalam hidup anda membuatkan anda tidak akan berjumpa dengan lelaki yang baik. Walaupun kenangan lalu menyakitkan hati anda tetapi, bila anda membuka peluang dan hati untuk seseorang yang baru anda berpeluang untuk berjumpa dengan seseorang yang baik.



2. Bertahan dengan hubungan toxic

Ramai wanita yang sanggup bertahan dalam hubungan yang sememangnya tidak ada masa depan malah hanya menyakitkan hati sendiri sahaja. Hanya kerana percaya si dia akan berubah membuatkan anda terus bertahan. Apabila anda terluka terus sahaja anda samakan semua orang.

3. Masih kenang cinta lalu

Akibat terkesan dengan kenangan cinta yang menyakitkan membuatkan diri anda masih tidak dapat terima akan kehadiran baru. Bahkan anda juga masih mengharapkan hubungan yang telah putus kembali terjalin kerana masih ada sayang dalam hati anda. Macam mana nak jumpa lelaki yang baik kalau masih berharap pada yang lama.



4. Mudah terpengaruh dengan kisah orang lain

Berkongsi kisah dengan rakan-rakan kadang kala akan membuatkan anda mudah percaya dan juga terpengaruh dengan apa yang mereka katakan. Jika terlalu banyak kisah mengenai lelaki yang tidak baik, anda akan mempunyai pandangan yang sama seperti mereka. Sebab itulah kena lalui barulah anda tahu lelaki baik itu ada ke tidak.

Anda rasa ada lagi ke lelaki yang baik sekarang ini?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen