Nak Pilih Baju Pengantin Kena Utamakan Design Dulu Baru Warna. Ini Bakal Pengantin Perlu Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Melakukan persiapan perkahwinan ini bukan semudah ABC, banyak perkara yang perlu disiapkan awal malah perlu juga ada plan perancangan yang jelas. Mana tidaknya, nak tempah itu ini perlukan kepastian dan bersedia barulah boleh lakukan semua itu.

Biasanya bakal pengantin akan lebih fokus kepada pemilihan pelamin, baju pengantin, baju nikah serta hantaran yang mana lebih memerlukan keputusan dari tuan badan berbanding perkara lain yang perlu dibuat bersama keluarga.

Kalau pelamin itu sudah tentu masing-masing sudah mempunyai minat yang tersendiri, ada yang sukakan simple, penuh dengan bunga, bertemakan taman dan macam-macam lagi. Tapi berlainan pula dengan pemilihan baju nikah dan bersanding ini. Nak memilih warna satu hal, belum lagi design.



Dalam pemilihan baju bersanding ini, pastikan anda memilih design terlebih dahulu kemudian barulah memilih mengikut warna yang anda suka. Ini kerana, kalau anda memilih warna kemudian designnya tidak lawa sudah tentu berat hati anda untuk membuat pilihan.

Okay! Ketika nak pilih baju pengantin ini, ada 5 perkara yang anda perlu titikberatkan.

1. Menutup aurat.

Paling penting okay! Pakaian yang jarang, pendek,dan terdedah sangat tidak sesuai digayakan pada hari bersejarah anda. Nak-nak lagi jika ia melibatkan bahagian punggung dan juga dada. Sebagai wanita Islam, kita tetap perlu menjaga aurat kita walaupun nak bergaya sakan pada hari bahagia.



2. Design terkini dan sesuai dengan bentuk tubuh

Pemilihan design ini tersangatlah penting sebenarnya. Nak-nak lagi buat mereka yang berbadan gempal dan berisi, sudah tentu ingin kelihatan agak kurus pada hari bahagia. Jangan pilih design mengikut apa orang pakai dan anda lihat cantik, tetapi lihat apa yang membuat anda cantik.

3. Warna pilihan atau sesuai dengan kulit

Warna juga memainkan peranan yang besar dalam menaikkan seri wajah anda dan juga seri pengantin. Maka dengan itu pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan kulit anda. Jangan pilih warna yang anda gemari tetapi tidak sesuai dengan kulit anda.



4. Padanan pelamin dan juga baju

Kalau anda pilih pelamin terlebih dahulu pastikan ia berpadanan dengan baju anda. Takut pelamin warna merah tiba-tiba baju berwarna hijau, nanti lari jauh pula. Padanan antara pelamin dan baju yang baik akan menaikkan lagi anda punya seri. Nanti dalam gambar pun nampak cantik sahaja.

5. Hiasan

Elakkan hiasan seperti manik dan ropol-ropol yang terlalu sarat. Pilih baju dengan hiasan yang ringkas dan tidak terlalu sarat akan beri kesan yang lebih eksklusif.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen