Bila Hati Dah Berkenan, Tak Salah Kalau Seorang Wanita Nak Meminang Lelaki Yang Diminati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat jarang berlaku dalam masyarakat kita mengenai seorang perempuan pergi meminang lelaki yang dia sukainya. Bahkan, sangat jarang juga seorang perempuan yang meluahkan hasrat hatinya terhadap seorang lelaki yang ingin dijadikan suami. Kedua-dua perkara ini diibaratkan sebagai “perigi mencari timba” walaupun sebenarnya ia adalah perkara yang sudah tidak harus diperkatakan lagi.

Bagi masyarakat terdahulu, seorang perempuan perlu menunggu lelaki datang merisik dan melamarnya untuk dijadikan isteri bukannya mereka ini keluar dan melamar lelaki. Ini kerana, seorang perempuan mempunyai sikap pemalu dan begitu tinggi maruahnya, sebab itu mereka akan memandang seorang jika sebaliknya berlaku.

Akan tetapi, zaman telah berubah, bahkan perkara sebegini sepatutnya bukan satu perkara yang perlu dimalukan lagi. Tidak salah kalau seorang perempuan ingin pergi meminang si lelaki jika hatinya sudah berkenan terhadap lelaki tersebut. Ia juga bukan menjadi satu kesalahan apabila seorang perempuan yang memulakan langkah dahulu.



Cuba lihat kembali sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad saw. Beliau tidak berasa dirinya rendah walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan sahaja miliki perniagaan besar, beliau juga turut disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan santun tinggi.



Bagaimana pula jika wanita yang datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan perantaraan bagai menyampaikan hasratnya?

Mungkin ramai yang menganggap bahawa usaha itu terhegeh-hegeh, sebab itulah ramai yang gagal melakukannya. Wanita yang meminang lelaki juga merupakan satu lumrah sebenarnya. Selaon Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Sidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.



Jangan rasa malu kalau pinangan anda ditolak orang dirinya, Allah tentu menjanjikan insan yang terbaik buat diri anda. Sama juga pinangan Umar pernah ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakkan itu dilakukan dengan cara terhormat malah selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisteikan Siti Habsah.

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariatNya. Sayang sekali kalau kita malu merujuk kepada syariatNya. Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata;

“Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata; “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan menyatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu; “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” -Riwayat Bukhari

Jadinya jangan malu nak memulakan sesuatu, nak-nak lagi bila anda sudah yakin dia mampu menjadi suami dan ketua keluarga yang terbaik.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen