Tak Mudah Nak Capai Kebahagian, Kadang Kala Ujian Akan Datang Melanda. Buat Mereka Yang Sedang Berkasih Sayang, Get Ready Nak Berdepan 3 Ujian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun kita tahu bahawa dalam satu hubungan itu ia akan dilengkapi dengan kebahagiaan, malah hadirnya pasangan akan mengubah hidup kita. Namun semua itu tidak akan berlaku dengan begitu mudah. Jika masih single, anda akan berdepan dengan ujian menanti jodoh yang tidak kunjung tiba, tapi bila sudah berubahtangga, bertunang mahupun alam percintaan anda akan berdepan dengan ujian pertahankan hubungan pula.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” dalam hubungan apa pun, ujian akan datang untuk menduga hati anda dan pasangan. Pada ketika inilah anda akan rasa macam-macam, rasa nak berpisah, bertengkar sepanjang hari, tiada sefahaman dan macam-macam lagi lah. Bukan mudah nak bahagia.

Buat anda yang sedang melayari alam percintaan dan ingin ke langkah seterusnya, ini beberapa ujian yang anda kena get ready untuk berdepan bersama.



1. Ujian semasa bertunang

Pada waktu bertunang ni, hati kena banyak bersabar. Masa ni lah ramai pasangan akan diuji dengan pelbagai jenis pergaduhan. Biasa lah stress kan.

Kata orang-orang lama, jangan lah bertunang lama kerana fasa pertunangan ni banyak dugaannya.



2. Ujian seminggu nak berkahwin

3 fasa ujian perkahwinan yang perlu diketahui oleh semua orangMasa ini perasaan tertekan itu akan lagi bertambah. Kadang-kadang kita akan berfikiran “kenapa lah aku nak kena kahwin”.

Bawa bertenang dan sabar, membina sesebuah masjid dan kehidupan baru dengan seseorang itu sememangnya susah pada awalnya. Tapi semua itu akan berbaloi kemudian.

Jangan ikut sangat perasaan dan banyakkan bersabar.



3. Ujian selepas kahwin

Akad nikah sudah selepas, segala pelamin dan majlis pun sudah diurus. Hati mula lega, hubungan pun sudah halal.

Tapi ujiannya lain pula, mula lah kehidupan yang penuh dengan pelbagai jenis tanggungjawab.

Ada pasangan yang kahwin muda, mungkin akan susah dari segi kewangan. Ada yang akan susah dari segi keluarga.

Kesetiaan, persefahaman dan rasa hormat perlu ada dalam sepasang suami isteri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen